JANGAN MASUK HUTAN DIAM-DIAM

Dah tengok movie 127 hours? Kisah benar mengenai Aron Ralston yang pergi hiking di  sorang diri dan tangan dia dihempap batu besar sehingga dia tak boleh bergerak ke mana-mana selama 5 hari.

Sepanjang 5 hari dia terpaksa catu makanan dan air dan bila tak cukup, dia minum air kencing sendiri. Akhirnya dia potong tangan sendiri dengan sebilah pisau tumpul. Gila!

Power betul boleh survive selama 5 hari dengan makanan yang terhad. Lagi power sebab boleh potong tangan sendiri untuk selamatkan diri. Bukan calang-calang orang.

Tapi……

Kenapa takde orang datang tolong? Kenapa takde orang datang cari dia?

Sebab…..

Dia pergi hiking tak inform orang lain. Tak inform makwe dia, tak inform kawan-kawan dia, tak inform mak dia, tak inform siapa-siapa.

Jadi…..

Bila orang tak tahu dia pergi mana, orang pun buat tak tahu nak cari dekat mana.

Geng-geng hiking di Malaysia pun ramai yang suka buat macam ni. Masuk hutan tak inform sesiapa. Bila ada masalah, orang tak tahu nak cari kat mana.

Sebelum masuk hutan, sila maklumkan kepada:

1. Berikan maklumat peribadi kepada gogo @ guide utk tindakan (permit & report polis). Maklumat peribadi termasuk nama dan nombor telefon waris. Kalau berlaku hal-hal kecemasan, gogo/guide senang nak hubungi waris.

2. Maklum kepada waris (bapa, emak, adik beradik @ isteri). Inform betul-betul anda masuk hutan mana, gunung apa. Cakap dekat mak masuk hutan di Cameron tapi tak inform gunung apa. Jadi susah orang nak cari kalau berlaku apa-apa.

3. Maklum kepada admin atau kawan rapat yg berada di dalam group aktif di whatsapp. Kalau boleh, bila ada line telefon, maklumkan lokasi terkini kepada mereka. Kalau ditakdirkan perlu SAR, lokasi pencarian dapat dikhususkan dan menjimatkan masa. Lagi jimat masa, lagi tinggi peluang anda diselamatkan.

4. Maklum kepada orang kampung tempat parking kereta. Yang ni kalau starting point dekat kampung-kampung. Jangan suka-suka hati parking merata. Minta kebenaran dulu. Baru orang kampung senang hati dengan kehadiran kita. Kalau boleh, hulur la sikit duit dekat tuan tanah anda parking tu.

Inform juga bila anda dijangka keluar kepada semua orang di atas ni. Bila anda tak dapat dihubungi selepas tarikh keluar, gerakan SAR dapat dibuat secepat mungkin.

ps: Terima kasih Ijak Kenyir yang memberi input mengenai artikel ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s