PERBEZAAN BACKPACK LELAKI DAN WANITA

Ada brand backpack yang membuat versi backpack khas untuk perempuan. Macam Deuter contohnya menghasilkan SL series backpack yang memang dibuat khas untuk perempuan. Kalau tengok backpack Deuter yang ada bunga warna kuning tu, tu SL series la tu. Jadi apa bezanya backpack perempuan dan backpack lelaki? Jom kita bincangkan.

1) Torso Length
Torso length perempuan biasanya pendek sikit berbanding lelaki. Jadi backpack yang dibuat khas untuk perempuan ni biasanya torso length dia pendek sikit. Make sure ukur dulu betul-betul torso length sebelum beli backpack. Sebagai contoh, torso saiz S untuk Osprey Atmos panjang sikit berbanding torso saiz S untuk Osprey Aura. Sebabnya Atmos untuk lelaki, Aura untuk perempuan.

torso-length
2) Shoulder Strap
Bahu perempuan biasanya tak lebar macam lelaki. Jadi shoulder strap backpack perempuan akan lebih rapat antara satu sama lain supaya load dapat diagihkan secara efektif. Kalau tak efektif, badan akan cepat sakit dan penat. Shoulder strap perempuan juga biasanya lebih kecil berbanding lelaki. Satu lagi, posisi shoulder strap backpack perempuan akan diletak lebih rendah supaya shoulder strap tak terselit celah ketiak. Kalau terselit celah ketiak memang melecet la ketiak lepas satu hari berjalan. Pedihhhhhh……

back
3) Hip Belt
Secara biologinya, hormon estrogen perempuan akan menyebabkan lemak disimpan di bahagian pinggul menyebabkan tubuh perempuan secara lumrahnya mempunyai curve. Lelaki straight je takde curve. Jadi hip belt untuk backpack perempuan berbentuk cone sikit untuk fit dengan curve badan perempuan. Hip belt yang betul-betul fit dengan pinggul perempuan akan memegang tubuh dengan lebih kemas dan meningkatkan stabiliti semasa memikul backpack.

4) Overall Design
Secara keseluruhannya, backpack perempuan lebih slim dan lebih kecil berbanding backpack lelaki. Contohnya, Deuter Air Contact SL paling besar bersaiz 70L manakala Deuter Air Contact untuk lelaki paling besar saiz 75L.

beza

Tapi ini semua hanyalah guideline. Paling penting semasa membeli backpack adalah anda kena try pikul backpack tersebut. Baru tahu sesuai atau tidak. Takde masalah kalau lelaki nak pakai backpack perempuan atau perempuan nak pakai backpack lelaki. Yang penting backpack tersebut fit dengan badan anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s