TRIP LOG: EPIK RIDE LASAH – KUALA MU

Ini adalah catatan perjalanan satu trip camping berbasikal dari Lasah ke Kuala Mu pada 1-4 Mei 2014. Kami panggil trip ni Epik Ride.

Track #1 : Setengah Mati Merindu oleh Judika (set player anda ke option fading)

Untuk mendapatkan trip yang benar-benar inzal, John, Nije dan Names perlu ada. James dan Nije sah hadir tapi John tak dapat pergi. Trip yang ada Nije dan Names tapi takde John bolehlah diibaratkan macam ejakulasi pra-matang. Inzal yang tiada jiwa. Kosong. Walaupun tiada jiwa, inzal tetap inzal. Jadi gua nekad membeli tiket bas Mutiara 10hb Oktober 2013, 8am dari Setiu ke Kuala Lumpur.

Perjalanan Setiu ke KL tak perlulah gua ceritakan. Duduk dalam bas sebelah jantan memang tak pernah menaikkan adrenaline gua apatah lagi hormon testosterone gua. Jadi gua ambil inisiatif menutup mata. Mana tau boleh mimpi Maya Karin.

Cis!! Mimpi pun tidak menyebelahi gua. Gua mintak Maya Karin, yang datang india putu mayam.

Gua sampai KL lebih kurang jam 5pm. Bawak Kona Bass sambil galas Mac Pac Rimu ada helmet fullface tergantung memang macho. Tapi bukanlah satu pekerjaan yang bijak kalau dibawak berjalan-jalan di Hentian Putra. Jadi gua simpan di tempat letak beg sambil tunggu kehadiran Maro Cube Stereo.

Sambil tunggu Maro sempat jugak gua main mata dengan sorang awek. Tapi tak sampai 5minit main mata, gua terus terajang awek tersebut setelah melihat beliau mengorek hidung. Awek jenis apa korek hidung di tengah khalayak ramai ni?!!!

6pm

7pm

8pm.

Akhirnya sampai jugak Maro. Gua letak beg dan basikal dalam kereta dan terus menuju ke campsite Bukit Subang.

Sampai di campsite Bukit Subang gua tengok Mimi Morewood Zuza tengah sedap makan ayam kukus. Gua syak ayam tu Mimi tangkap masa tengah lepak-lepak tengok Astro di campsite. Bukan ayam je ada kat dalam rumah sewa Mimi tu, kalau nasib baik boleh jumpa ular spesis rare.

lasah1

Ular spesis rare pun boleh jumpa dalam ni

Trrrr

Trrr

Trrr

Handphone Nokia lampu suluh upgrade software gua vibrate.

“Aku dah sampai stesen subang jaya” sms dari Nasir Dartmoor Hornet.

“Kau lepak situ sey, jap lagi aku sampai” balas gua.

Pukul 12 mlm satu lagi sms masuk. Kali ni dari Nije Yakuza Kumicho. Kami bersiap-siap dan terus ke PJ untuk mengambil beliau.

Seminggu di annapurna berjaya mengubah Nije menjadi seakan-akan Yak. Gua hanya mampu geleng kepala.

Pukul 2.30 pagi akhirnya semua barang selamat dipunggah ke dalam kereta.

Off we go.

Track #1 fading out.

End of Track #1.

.
.
.

Track #2: Suratan Atau Kebetulan oleh Kenny, Remy dan Martin

“Aku rasa main basikal ni buat aku berfikir tentang kekuasaan Allah” gua bercakap sambil pasang tayar basikal.

“Korang ingat trip kita pergi Gua Cha? Betapa berkuasanya Allah sampaikan kita tak pernah berjumpa dengan lori masa kita downhill. Sedangkan setiap kali kita uphill mesti kita berselisih dengan 2 3 biji lori. Bayangkan kalau kita berselisih dengan lori masa tengah laju downhill. Masak kita nak mengelak. Silap-silap eksiden langgar lori” gua bercakap sambil setting brek basikal.

lasah3

Tengah setting niat

“Jalan mengenal Allah ni dipanggil tarikat. Boleh diumpamakan macam sebatang pokok. Akarnya ialah syariat. Batangnya ialah tarikat. Dan daunnya adalah makrifat. Aku rasa kita trip-trip kita banyak mengajar kita tentang siapa kita di sisi Allah” tambah gua lagi

“Ini tarikat mana yang kita ikut? Orang sibuk-sibuk bersiap sembahyang jumaat, kita sibuk-sibuk setting basikal” balas mimi padu.

Suasana jadi hening sehening-heningnya.

Yang pam tayar berhenti pam tayar.

Yang setting brek, berhenti untuk setting balik niat.

Yang tengah minyakkan rantai, pura-pura ambik wuduk.

Jam 12 tengah hari kami memulakan kayuhan dengan perasaan berbelah bagi. Gua pakai helmet fullface siap-siap. Takdela malu sangat bertembung dengan orang kampung yang dalam perjalanan nak ke masjid.

Cuaca yang panas terik, trek balak dan bukit depan mata sedikit sebanyak melemahkan semangat kami. Keputusan diambil untuk berehat di permulaan trek balak.

“Jom. Kuatkan semangat untuk kayuh” Nasir bangun dengan yakin.

Kuatkan semangat untuk kayuh? Gua nak bangun pun takde semangat dah ni.

Nasir steady kayuh di depan. Yang lain-lain steady tolak basikal kat belakang.

Hari ini kami target untuk bermalam di Pos Legap. Kira-kira 25km dari starting trek balak.

25km tidaklah jauh mana. Masa perjalanan boleh jadi 5 minit, 30 minit atau 4 jam bergantung kepada jenis orang asli yang ditanya. Ada juga jenis orang asli yang bagi jawapan ikut bilangan rokok yang dihisap. Jenis ni memang jenis orang asli yang sukar untuk diramal perilakunya.

lasah5

Bertabahlah

Nasir macam biasa banyak mengayuh. Mimi punya perfomance satu level bawah Nasir. Maro dengan Names satu level bawah mimi.

Gua dengan Nije jugak yang rilek tolak basikal. Kadang-kadang kami bertanding siapa yang duduk paling belakang. Nak cepat-cepat sampai nak buat apa.

Pukul 230 petang kami berhenti makan tengah hari. Ini berhenti kali yang ke berapa gua dah tak ingat. Seingat gua, setiap 5minit tolak basikal kami akan berhenti 30minit. Kalau lu rajin, lu kira la berapa banyak kami berhenti.

Pukul 4 petang berhenti lagi. Kali ni kami berbincang bagaimana untuk memancitkan tayar Nasir yang tak berhenti-henti kayuh dari tadi. Menyedari niat jahat kami, Nasir terus bangun meninggalkan yang lain.

Mimi, Maro dan Names cuba mengejar. Gua dengan Nije jugak yang rilek. Hal-hal macam ni kita tidak perlu gunakan kekuatan. Kena guna kebijaksanaan.

Tak banyak peristiwa yang gua ingat selepas rehat pukul 4 ni. Sebab otak gua lebih cenderung memikirkan air sirap limau dan nasi paprik sambil menahan kaki krem.

lasah8

Pukul 630, Nije menjadi orang yang terakhir sampai di Pos Legap. Nasir sampai pukul 530. Makan apa gamaknya budak ni?

Gua tengok Nije dah macam orang tak betul. Diam seribu bahasa melayan perasaan penat.

Biasalah. Hidup ini memang penuh dengan hal yang di luar jangkaan.

Siapa jangka ada suara lelaki lain di hujung talian masa kita call awek kita?

Siapa jangka pendrive yang kita pinjam dari awek kita ada design kad kahwin dia dengan lelaki lain?

Siapa jangka dah penat tolak 25km, elevation gain hanya 100m?

Suratan? Atau kebetulan?

End of Track #2

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s