TIPS TIDUR SEDAP MASA CAMPING

1. Prepare Set Tidur
Persediaan tidur sedap start sebelum trip berjalan. Pastikan semua equipment untuk tidur dibawa. Antara yang kena bawa:
– set pakaian tidur
– sleeping bag
– stokin
– glove
– bantal angin
– penutup kepala
Paling penting, semua barang ni kena secure masuk dalam dry bag atau plastik. Kalau set tidur ni basah, ber huhu la dalam hutan.

2. Pilih Campsite Yang Cun
Yang ni kena perhati betul-betul. Tanah tak rata memang tak sedap tidur. Kalau laluan air, lagi lah tak lena tidur. Laluan angin? Main laga gigi la sepanjang malam. Perhati jugak bahagian atas. Make sure takde dahan reput. Nanti tengah sedap-sedap tidur dahan jatuh timpa khemah kan naya.

3. Pasang Khemah/Fly Dengan Kemas
Kalau pasang fly, tulang dia tu ikat ketat-ketat. Takdelah tiba-tiba roboh masa tidur. Fly make sure tegang jangan biar air bertakung nanti fly roboh. Kalau terpaksa pasang fly di kawasan laluan air, buat longkang keliling fly. Kalau kawasan laluan angin, pastikan fly rapat ke tanah untuk minimumkan angin masuk bawah fly.

4. Barang Makanan Letak Luar
Ini penting. Barang makanan masukkan dalam plastik hitam dan letak di luar. Lebih afdhal kalau boleh gantung di pokok. Makanan ni menarik binatang. Tengah-tengah tidur tiba-tiba tikus lalu atas muka memang boleh jadi bala. Itu kalau tikus. Kalau binatang lain?

5. Jangan Guna Lantern Gas Dalam Khemah
Lantern gas ni guna api untuk memberi cahaya. Api ni guna oksigen dan hasilkan karbon dioksida. Kalau api (lantern) dibiarkan menyala dalam khemah, lama-lama oksigen habis dan tinggal karbon dioksida menyebabkan kita boleh lemas semasa tidur.

6. Buang Air
Sebelum tidur, buang air dulu siap-siap. Kalau tak, tengah-tengah sedap tidur kena bangun buang air. Member pun bengang sebab kena teman. keh keh keh

7. Barang Penting Letak Dekat
Spek mata dan headlamp letak dekat dengan tempat tidur dan pastikan mudah dicapai. In case berlaku hal emergency senang nak ambik dan guna. Yang tidur tepi sekali make sure ada parang atau pisau berdekatan untuk self defense kalau ada ancaman luar.

8. Baca Doa
Untuk yang beragama Islam, bacalah doa tidur dan ayat kursi sebelum tidur. Kalau tak ingat doa tidur, tanya member sebelah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s