BIKE CAMPING OLEH EPIK RIDER

Kami panggil trip ni sebagai Epik Ride.

Kayuh basikal lalu jalan hutan. Tapi selalunya banyak tolak dari kayuh. Kadang-kadang ada jalan balak. Kadang-kadang kena tebas jalan baru.

Kadang-kadang tidur dekat campsite. Ada jugak kena bukak campsite baru sebab tak sempat sampai campsite. Tapi paling best tidur dekat kampung orang asli.

Ration semua bawak sendiri. Takde kenderaan berenjin follow. Paling singkat trip 2h1m. Paling lama setakat ni trip 4h3m.

Trip paling gila naik Gunung Berembun bawak basikal. Ingatkan turun tu boleh ride. Tapi harammmmm.

Personally, trip paling best adalah trip dalam gambar ni. Rancang nak pergi kampung OA lain. Tapi tak jumpa jalan. Jadi tidur tepi sungai dan divert pergi kampung OA yang lain. Tapi yang bestnya masa tu musim durian. OA jamu durian kaw-kawa. Supper makan durian. Breakfast makan durian. keh keh keh

Kami tak ramai pun. Satu trip adalah dalam 5 orang. Paling ramai dah tu. Kalau sorang berhenti, semua berhenti. In fact, semua orang nak berhenti sebab semua tak fit. hahaha

Tahun ni takde trip lagi. Lepas raya insyaAllah ada satu plan trip epik. Kalau nak join, follow page Epik untuk update pasal trip.

mtb1

Hari ketiga terpaksa cross sungai sebab hari kedua tak jumpa jalan. Kena bermalam tepi sungai.

mtb2

Menumpang teduh di rumah OA sambil dijamu air teh dan biskut meri.

mtb3

Hari 1st dah tak jumpa jalan. Demit!

mtb4

When everything goes wrong, build a campfire.

mtb5

Permulaan hari kedua yang masih tak tahu hala tuju. 

mtb6

Gembira dapat downhill 2 minit di hari pertama. Lepas tu uphill 4 hari. 

mtb7

Supper makan duriannnn…

mtb8

Layan sembang dengan OA sambil tunggu hujan reda.

mtb9

Jumpa Tok Batin mintak kebenaran bermalam di balai raya. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s