FORMULA PENYEDIAAN RATION SEMASA TRIP HIKING

Ration preparation ni antara benda yang tricky masa naik gunung. Kalau kurang, tak cukup makan. Kalau terlebih, berat nak pikul satu hal, membazir satu hal. Jadi kena bawa cun-cun je.

WhatsApp Image 2018-02-13 at 13.02.03

sanggupkah anda pikul ration banyak ni? sumber: grup whatsapp sebelah

Nak bawa cun-cun ni yang masalah. Tapi kalau kita tahu formula/rumus/sifir ration, benda ni jadi simple je. Kita sentuh tiga item sahaja dalam artikel kali ini; beras, gula dan butane gas. Tiga item ni paling basic dan wajib ada dalam setiap trip. Item lain macam daging kambing, ikan siakap dan chicken chop kita akan sentuh dalam artikel lain.

BERAS
100 gram untuk seorang peserta untuk sekali makan. 1kg boleh makan untuk 8 ke 12 orang sekali masak.

Cara kira:
Trip 2H1M. Peserta 20 orang.

Breakfast dengan lunch bungkus. Jadi 3 kali makan; dinner 1st day, breakfast 2nd day dan lunch 2nd day.

Formula:
100g X bilangan makan X bilangan peserta
100 gram X 3 kali makan X 20 orang = 6000 gram = 6kg.

BUTANE GAS
1 butane gas boleh digunakan untuk 3 kali masak nasi untuk 10 orang.

Formula:
Bilangan makan / 30 X bilangan peserta
3 / 30 X 20 = 2 butane gas

nota: pengiraan ini hanya untuk memasak nasi. Lebihkan sedikit bilangan gas butane untuk memasak lauk dan air.

GULA
250g gula boleh digunakan untuk 1 kali masak air untuk 10 orang. (pek gula biasanya adalah 1kg)

Formula:
25 X bilangan makan X bilangan peserta / 1000
25 X 3 X 20 / 1000 = 1.5kg

EXTRA RATION
Prepare for the worst. Ada kemungkinan kita tak sempat keluar dan terpaksa extend trip. Sebagai rule of thumb, tambah 1 bilangan makan. Kalau secara rasminya kita makan 3 kali masa trip tu, tambah 1 lagi bilangan makan semasa pengiraan.

ps: Terima kasih kepada Ijak Kenyir kerana berkongsi ilmu ration preparation beliau semasa proses penulisan artikel ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s