FENOMENA HUJAN BUKIT DI GUNUNG SARUT

Gunung Sarut tengah viral sekarang ni. Kawasan cantik dan bersih. Starting point Gunung Sarut adalah di Lata Payung. Sesiapa pernah pergi Lata Payung mesti pelik kenapa fasiliti seperti tandas awam, surau, wakaf dan jambatan tidak dijaga dengan baik.

WhatsApp Image 2018-01-29 at 22.58.25

Blue Pool di Sungai Payung. Kredit Gambar: Ijak Kenyir

Lata Payung satu masa dahulu telah diwartakan sebagai Hutan Lipur. Namun disebabkan kes kepala air yang kerap berlaku, Hutan Lipur Lata Payung ditutup kepada orang ramai. Tapi kenapa kerap sangat kes kepala air berlaku di Lata Payung? Abang Syed ada jawapannya. Jom baca huraian beliau.
Untuk memahami fenomena kepala air di Lata Payung, kita kena fahamkan mengenai hujan bukit dahulu. Orang putih panggil relief rainfall. Hujan bukit berlaku apabila udara panas dan lembap dari laut ‘dipaksa’ naik ke atas akibat laluannya dihalang oleh kawasan tanah tinggi (bukit atau gunung). Apabila udara yang panas dan lembap, naik hampir ke puncak gunung udara tersebut akan terkondensasi dan menyebabkan berlakunya hujan. Hujan di puncak gunung ini akan membanjiri sungai-sungai di kawasan gunung dan apabila sampai di kawasan rendah ianya cukup besar lalu menjadi kepala air.

relief-rainfall

Fenomena hujan bukit. Kredit gambar: fvcgeography

jadi kenapa Lata Payung kerap sangat berlaku kes kepala air sampai ditutup kepada orang ramai? Nak jawap soalan ni kena tengok kedudukan Lata Payung dalam peta.

sarut2

Perhatikan kedudukan Gunung Sarut yang mengadap laut. Kredit gambar: Abang Syed

Lokasi Gunung Sarut adalah mengadap pantai Setiu. Udara panas dan lembap dari laut di sekitar Pantai Penarik, Pantai Rhu 10 dan Pantai Merang akan bergerak menuju ke Gunung Sarut. Ini puncanya hujan bukit kerap berlaku di Gunung Sarut dan air Lata Payung akan menjadi besar secara tiba-tiba dan terjadinya kepala air.

Sekiranya anda pernah pergi ke Gunung Sarut, anda pasti terpukau dengan keindahan permatang bonsai. Ada kemungkinan, akibat dari terdedahan Gunung Sarut kepada hujan bukit, gunung sarut tidak dapat menyimpan suhu panas dari pancaran matahari disebelah pagi, kerana disirami hujan disebelah petang, ini menyebabkan suhu gunung sarut lebih sejuk pada paras 800m dan pokok bonsai boleh hidup pada aras 800m.

Kepada para pendaki, sila berhati-hati ketika mendaki Gunung Sarut terutamanya ketika melalui Blue Pool. Ada kemungkinan besar paras air sungai akan naik secara tiba-tiba dan menyebabkan trip anda tergendala.

Info tambahan:

Gunung Tebu pun dekat dengan laut, tapi kenapa Lata Belatan di kaki Gunung Tebu masih dibuka untuk orang ramai?

Sila lihat gambarajah untuk menjawap soalan ini.

WhatsApp Image 2018-01-30 at 11.47.40

Gunung Tebu dilindungi oleh Bukit Bintang dan satu puncak lagi. Lembah Sungai Belatan tidak terus mengadap arah angin dan sedikit terlindung oleh Bukit Bintang, sebahagian udara lembab telah turun sebagai hujan sebelum sampai di Gunung Tebu.

WhatsApp Image 2018-01-30 at 11.51.08

Berbeza dengan Sungai Payong yang tidak dilindungi oleh mana-mana bukit menjadikan udara lembap dari laut hampir 100% turun sebagai hujan di Gunung Sarut seterusnya menjadikan aliran air yang besar ataupun kepala air.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s