KEJURUTERAAN BEG SEKOLAH

Artikel ini dituliss oleh Radzee Orga.

Timbalan Menteri pendidikan berkata, isu beg berat biasanya berpunca daripada reka bentuk beg berkenaan dan bukan beban daripada buku sekolah.

Payah jugak nak faham. Berat bukan sebab buku tapi sebab design beg? Pada aku, berat tetap sama tetapi design beg membantu mengagihkan beban untuk body carrying system yang efektif. Jadi berat tu kurang terasa bila beban di angkat oleh tubuh ditumpu pada bahagian tertentu.

Beban yg sesuai di angkat oleh tubuh dlm anggaran 25% hingga 35% dari berat tubuh. Jika berat badan dlm 30kg, ia sesuai untuk angkat beban sehingga lebih kurang 7.5kg.

Bagi mak bapak yang nak beli beg sekolah untuk anak-anak, ini ada sikit nak advice berkenaan cara memilih beg sekolah untuk anak-anak.

Yang pertama, guna beg mengikut saiz. Bila torso dlm 12” hingga 16”, ini spec utk anak-anak. Beli beg saiz begini. Jangan guna beg untuk saiz dewasa.

Yang kedua, cari yang ada frame. Atau yang rigid sikit backpanel dia. Jadi berat senang untuk diagihkan ke lumbar dan bukan tercerut di shoulder strap.

Yang ketiga tapi bukan kemestian, cari yang ada hipbelt. Kalau ada hipbelt, berat ditumpukan pada bahagian yang sepatutnya. Tiada lagi masalah berat terjerut dibahu. Ini lebih selesa.

Seterusnya, cari features yang sesuai. Jika untuk sekolah, bottom bag perlu flat supaya beg boleh ditegakkan. Perlu ada load lifter yang mudah dicapai supaya senang dijinjing. Lagi, side pocket utk botol air. Lagi perlu easy access, top loading payah sikit nak keluar masuk buku atau cari barang.

The Pack Maker,
Orga Mountainworks.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s