PANTANG LARANG MENGGUNAKAN PARANG

Artikel ini ditulis oleh Pendekar Rimba. 

LANGKAH KESELAMATAN PENGUNAAN PARANG.

Parang ialah satu peralatan yang sangat penting di dalam hutan. Selain dari digunakan untuk memotong, parang juga adalah digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri dari ancaman binatang buas.

1. Saya letakkan parang sebagai senarai no 1 dalam peralatan ikhtiar hidup.
2. Saiz parang yang sesuai hendaklah tidak terlampau kecil dan tidak terlampau besar dan senang di bawa.
3. Kebiasaannya parang dibawa dalam keadaan tergantung di pinggang supaya senang digunakan.
4. Parang adalah benda tajam yang membahaya. Boleh jadi kawan dan boleh memudaratkan. Oleh itu, langkah keselamatan penggunaan parang di dalam hutan hendaklah dipatuhi spt:

  • Jangan bawa parang yang tidak bersarung untuk masuk hutan dan sarung hendaklah dalam keadaan yang elok.
  • Berhati-hati semasa mengeluarkan parang dari sarung. Jangan cekak penuh pada sarung parang semasa mengeluarkan parang dari sarung kerana boleh menyebabkan kecederaan pada jari.
  • Pandang kiri kanan depan belakang sebelum menakik. Jangan ada kawan yang berdekatan dalam lingkungan libasan parang.
  • Parang yang tersangkut pada akar di sekiling semasa menghayun parang boleh menyebabkan parang terlencong ke arah anggota badan sendiri.
  • Jangan letak parang sebarangan terutama selepas digunakan.
  • Jangan biarkan parang tanpa bersarung dan diletak bersepah-sepah.
  • Jangan cacak parang pada batang pokok atau tanah dan tinggalkan.
  • Jangan main baling-baling parang ke pokok.
  • Jangan acukan parang ke arah kawan walau dengan niat brgurau.
  • Elakkan menggunakan parang yang telah tercabut hulunya kerana parang tersebut boleh terpelanting semasa memotong dan mencederakan diri sendiri atau org lain.
  • Parang hendaklah sentiasa tajam sebelum digunakan. Parang yang tumpul menyebabkn cepat letih semasa aktiviti menebas .
  • Cara memotong pokok dengan betul adalah satu faktor membantu mengekalkan ketajaman sesuatu parang. Elakkan terkena batu.
  • Pepatah melayu ada mengatakn air dicincang takkan putus. Jangan mnelibas parang di dalam air. Parang yang dilibas ke arah air boleh menyebabkan parang terlencong ke arah kaki sendiri.
  • Parang yang mata berkilat tak semesti parang itu tajam dan parang yang mata kusam tak semestinya parang itu tumpul.

Wallahu’alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s