FIRST LOOK: LIFESTRAW GO BOTTLE

Gadget ni baru sampai kedai. Jom kita tengok sikit apa yang menarik tentang LifeStraw Go Bottle ni.

LifeStraw boleh dikatakan satu gadget yang agak baru. Lahir pada tahun 2005 dan masa tu ia hanya berbentuk sebatang straw yang biru yang besar. Fungsi straw-biru-besar ini adalah untuk menapis pathogen dalam air supaya ia lebih selamat diminum. Masalah dengan LifeStraw lama ni adalah ia tidak dibekalkan dengan bekas menyimpan air. Jadi kalau nak minum air samada minum direct dari punca air atau simpan dalam botol lain dulu.

lifestraw1

Fast forward tahun 2014, LifeStraw Go dihasilkan. LifeStraw Go masih berbentuk straw tapi di’built-in’kan dengan botol  air (yang juga berwarna biru). Jadi boleh simpan air dan minum sambil tapis terus dari botol air. Pretty handy eh?

lifestraw4

LifeStraw Go yang latest edition ada 5 warna; biru, pink, purple, hitam dan hijau.

lifestraw3

Fungsi LifeStraw Go sama macam fungsi penapir air di rumah, well, untuk tapis air. Hanya perlu masukkan air dalam botol, dan bila disedut, air akan melalui penapis sebelum masuk ke dalam mulut. LifeStraw claim dengan teknologi filter sehalus 0.2 micron, ia boleh menapis 99.9999% bakteria dalam air. Ini termasuk bakteria Salmonella, Cholera dan E.coli yang menyumbang kepada masalah cirit-birit.

Maintenance pun senang. Basuh macam biasa je. Untuk part filter tu, hanya perlu hembus dari bahagian atas straw untuk buang bendasing.

Tapi LifeStraw bukanlah perfect. LifeStraw tak dapat menapis virus kerana saiz virus yang lebih kecil dari 0.2 micron. Bakteria Leptospirosa (punca kencing tikus) juga bersaiz lebih kurang 0.1 – 0.2 micron jadi tidak semua bakteria Leptospirosa dapat ditapis oleh LifeStraw. Logam berat dan bahan kimia juga tak dapat ditapis menggubnakan Lifestraw. Maksudnya, walaupun pakai LifeStraw, kita kena perhati juga persekitaran sumber air yang kita ambil. Kalau ambik dari sungai yang di tepinya ada kebun sayur berskala besar, ada kemungkinan air sungai tersebut dicemari dengan bahan kimia dari baja dan racun. Jadi kalau 10 kali tapis pakai LifeStraw pun tiada gunanya.

Satu lagi, jangan memandai tapis air laut dengan LifeStraw.

Dari segi fizikal, LifeStraw Go bersaiz lebih kurang 235mm panjang dengan diameter 80mm. Sedap dipegang sebelah tangan dan muat letak tepi backpack. Berat lebih kurang 168 gram dan boleh isi 0.65 liter air. Botol air ini diperbuat daripada bahan bebas BPA yang tidak mengeluarkan bahan kimia berbahaya, sama macam botol susu baby. Botol air ini juga disertakan dengan carabiner supaya mudah nak sangkut dekat mana-mana.

Harga LifeStraw Go Bottle serendah RM199 dan ada dijual di kedai-kedai outdoor. Jenoba Outdoor pun ada jual. Whatsapp 019-9061018 kalau nak beli.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s