JENIS-JENIS STOVE YANG HIKER PERLU TAHU

Makan macam raja, pikul macam hamba. Tapi sebelum nak makan macam raja, kena ada tukang masak istana dulu. Ini adalah basic knowledge untuk tukang masak istana di puncak gunung.

Secara general ada 3 jenis stove. Kita discuss satu persatu.

JENIS CANISTER
Canister stove paling biasa kita jumpa sekarang ni. Dulu ramai pakai jenis campingaz. Kemudian sekitar tahun 2007 stove indon atau stove petak diperkenalkan dan ini mengubah lanskap memasak atas gunung. Populariti stove petak masih kekal sampai sekarang dan stove campingaz sudah hampir dilupakan.

Canister stove menggunakan bahan api jenis gas – campuran isobutane dan propane – yang dimampatkan ke dalam tin.

Ada dua jenis stove canister; intergrated dan remote. Beza dua jenis stove ini adalah kedudukan gas. Gas yang dilekatkan terus dengan stove (contoh; stove petak dan campingaz) dipanggil integrated manakala yang ada hos (macam stove spider) dipanggil remote.

Pros:
– Kecil.
– Mudah digunakan. Pulas je tombol injap kemudian nyalakan stove.
– Senang nak adjust tahap pembakaran.
– Tiada masalah bahan api tumpah.

Cons:
– Ada masalah gas bocor.
– Kalau cuaca terlalu sejuk, tekanan dalam tong gas jadi rendah dan menghasilkan api yang kecil.
– Kos gas agak mahal berbanding bahan api cecair.
– Tong gas kosong susah nak urus. Semua mengelat nak bawak tong gas kosong.

 

 

LIQUID FUEL STOVE
Liquid fuel stove, well, mengikut namanya, menggunakan bahan api jenis cecair yang dipanggil white gas. White gas adalah sejenis bahan api yang dibuat khusus untuk digunakan dengan stove. Berbanding dengan propane/butane gas, prestasi white gas adalah lebih cemerlang walaupun pada suhu yang sejuk.

Liquid fuel stove juga boleh digunakan dengan bahan api yang lain macam petrol dan diesel. Petrol dan diesel lagi mudah nak jumpa berbanding propane/butane gas. Tapi masalahnya petrol dan diesel ada additives yang boleh merosakkan stove.

Setiap kali sebelum guna liquid fuel stove, kena buat priming dulu. Aku nak terangkan macam mana pun tak tahu priming ni macam mana. Tengok je video ni.

Pros:
– Prestasi yang cemerlang walaupun pada suhu dan tekanan yang rendah.
– Bahan api disimpan dalam botol khas yang boleh digunakan semula. Jadi tiada masalah sampah.
– Nampak ‘advance’ kalau pakai kat Malaysia. Boleh berlagak dengan kawan-kawan.
– Ada banyak option bahan api. White gas, petrol, diesel, kerosene (minyak tanah).

Cons:
– Kena priming sebelum guna. Leceh sikit.
– White gas susah nak cari di Malaysia.
– Petrol dan diesel boleh merosakkan stove.
– Harga agak mahal.
– Maintenance agak leceh.

ALTERNATIF STOVE
Selain dari canister dan fuel type, ada beberapa jenis lagi stove yang biasa digunakan.

Stove Kayu Api
Yang ni ramai geng bushcraft dan survival suka pakai. Bakar kayu api dalam satu bekas besi dan letak periuk/cerek atas bekas tu. Brand BioLite mencipta stove jenis ni yang diattach dengan power pack converter untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik tersebut boleh digunakan untuk charge handphone.

 


Alternatif ni mungkin murah sebab tak perlu beli gas atau bahan api cecair. Tapi bukan senang nak hidupkan api guna kayu. Menitik air hidung pun belum tentu boleh hidup api.

Denaturated Alcohol Stove
Kelebihan utama alcohol stove adalah dia ringan. Satu parameter yang sangat dititikberatkan oleh komuniti ultralight. Parts pun tak banyak jadi senang nak maintain. Cuma denaturated alcohol susah sikit nak beli di Malaysia. Kedai-kedai biasa takde jual. Api pun tak panas sangat jadi masa memasak tu jadi lama dan lambat.

 

Antara stok cooking set Trangia yang ada di Jenoba Outdoor. Kalau nak try pakai denaturated alcohol stove boleh dapatkan di Jenoba Outdoor. Whatsapp 019-9061018.

Solid Fuel Stove
Nostalgia sungguh pakai solid fuel ni. Dulu sebelum ada stove petak, pilihan utama adalah stove campingaz. Tapi sebab mahal, ramai pakai solid fuel je. Senang nak guna. 2 solid fuel untuk masak 1 messtin nasi. Tapi bau solid fuel tu melekat di messtin. Kadang-kadang kesan bakar pun ada di messtin. Leceh betul nak basuh. Solid fuel sekarang agak advance. Api menyala lebih kuat dan tiada bau & kesan ditinggalkan pada messtin.

stove9

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s