KEGUNAAN SNIPER VEIL SEMASA HIKING

Ada beberapa orang kawan admin suka trekking sambil bawa kain. Ada yang lilit di pinggang dan ada yang lilit di leher dan ada yang lilit di kepala macam pakai semutar. Tengok video di bawah, pakar survival Malaysia, Pendekar Rimba menggayakan kain yang dililit pada leher beliau.

Kain pula ada macam-macam jenis. Kawan admin yang agak tradisional biasanya akan bawa kain lepas. Yang jenis tactical akan bawak kain sniper veil. Ala,kain warna camo yang ada lubang-lubang tu. Ada jugak yang bawak kain batik atau kain pelekat.

 

sniper veil2

sniper veil (sumber gambar evike.com)

Sebenarnya amalan bawa kain masa berjalan ni banyak diamalkan oleh masyarakat melayu dulu. Orang Kelantan lilit kain di kepala (semutar) dan guna untuk lap peluh atau kipas-kipas badan. Juga digunakan sebagai senjata mempertahankan diri dan untuk menyorokkkan senjata macam kapak kecil. Tapi sekarang jangan simpan senjata dalam semutar. Kalau kantoi, makan tak habis bruh.

semutar

pemakaian semutar

Budaya ni juga digunakan oleh masyarakat Arab. Kalau tengok pejuang-pejuang Arab banyak pakai kain lilitan di kepala. Alaaa, macam kain yang orang pakai pergi himpunan Save Palestine tu. Kain tu dipanggil shemagh dan fungsi utama untuk cover muka dari habuk.

Shemagh-wear

shemagh

Amalan ni pada admin sangat bagus untuk geng-geng hiking. Bagus kalau kita dapat bawa satu kain yang dililit di pinggang atau di leher atau di kepala. tak kisahlah nak bawak kain lepas ke, sniper veil ke atau nak stylo bawak shemagh. Kain ni boleh digunakan untuk macam-macam kegunaan.

1. Cover muka daripada habuk dan serangga macam agas. Fungsi ni paling bagus kalau pakai sniper veil. Kita boleh tutup seluruh muka tapi still boleh bernafas.
2. Kalau cuaca panas sangat masa lalu jalan balak, boleh buat jadi tudung cover kepala.
3. Boleh jugak jadi towel lap peluh. Kalau jenis tak kisah, buat towel mandi pun boleh.
4. Boleh dijadikan tikar alas duduk. Tak payah susah-susah bawak keluar mat.
5. Boleh jadi anduh kalau tangan patah masa hiking.
6. Jadi bandage sementara pun boleh untuk stop pendarahan.
7. Buat torniquet pun boleh. (Tak digalakkan)
8. Bantal. Lipat-lipat lepas tu buat alas kepala masa tidur.
9. Kalau terdesak sangat boleh jadikan tali untuk ikat apa-apa yang boleh diikat.
10. Penapis air. Kalau terdesak kena minum air lopak, tapis dulu air pakai kain tu.
11. Sejukkan badan. Rendam kain dalam air sungai, lepas tu letak atas kepala. Nikmat dia sama level macam minum air 100 plus peti ais.
12. Isyarat kecemasan. Katakanlah sesat (mintak simpang malaikat 44), boleh guna kain untuk tarik perhatian helikopter.
13. Kalau sleeping bag basah, boleh guna kain ni untuk buat selimut. Kalau kain pun basah jugak, nyanyilah lagu kumpulan republik sorang-sorang. ‘mana mungkin….selimut tertanggal….hangat ditubuhku….dalam kedinginan….’
14. Kalau terjumpa binatang liar, boleh jadi alat untuk alih perhatian. Campak kain ke kanan dan bila nampak binatang tersebut mengejar kain, cepat-cepat lari ke kiri.

Satu peralatan simple dengan 14 kegunaan. Pretty handy eh? Lagipun kain ni senang nak bawa. Nak masuk dalam beg pun boleh sebab tak makan space. Nak senang, lilit je di leher atau sangkut di bahu.

Jadi korang lepas ni kalau pergi hiking, trylah bawak satu kain lepas. Tak kisah kain lepas jenis apa. Kain batik lepas ke, kain lepas barat ke. Kalau nak bajet metroseksual boleh pakai shemagh atau sniper veil. hehe

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s