REVIEW KHEMAH COLEMAN INSTANT UP

Jenoba Outdoor baru-baru ni diberi kesempatan oleh Coleman untuk test drive khemah ni. Masa mula-mula sampai campsite ada beberapa khemah jenis ni yang dah siap dipasang. 1st impression rasa khemah ni mesti susah nak pasang.

coleman1

Kemudian kami diberi peluang untuk pasang khemah ni. Mudah sangat rupanya sebab dia pakai sistem extendable rod. Cuma perlu tarik je rod yang ada, dalam 5 minit siap pasang rangka khemah. Lepas tu cuma perlu selubungkan outer shell ke rangka khemah. Total semua masa dalam 10 minit.

coleman2

Dia punya saiz memang besar. Muat 1 tilam angin saiz queen dan satu tilam angin saiz single. Itupun masih ada ruang nak letak meja.

Ventilation terbaik. Ada 5 tingkap semuanya. Bukan tingkap kecik, tingkap besar. Setiap tingkap dan pintu ada penutup yang boleh dijadikan awning. Memang sempoi.

coleman9

Ditakdirkan malam tu hujan lebat bersama angin kuat. Nasib baik masa tu dekat dewan. Bila hujan dah reda, rasa malas nak masuk khemah sebab ingatkan mesti khemah dah roboh. Kalau tak roboh pun, at least air bertakung dalam khemah.

Rupanya sangkaan kami salah. Khemah tak bergerak walau seinci pun. Air pun langsung takde dalam khemah. Memang puas hati.

Kesimpulannya, khemah ni memang berbaloi dengan harganya. Tak rugi beli.

coleman6

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s