INVASIVE SPECIES

Bayangkan anda membawa seorang tetamu datang ke rumah anda. Mula-mula dia nampak baik dan cantik. Kemudian dia pergi ke peti ais anda dan makan semua makanan anda. Kemudian dia ajak pulak kaum kerabat dia duduk di rumah anda sampai anda terpaksa keluar dari rumah tersebut.

Invasive Species
Perenggan di atas menerangkan secara ringkas mengenai invasive species. Invasive species bermaksud apa-apa benda hidup – haiwan, malah tumbuhan – yang diperkenalkan secara sengaja atau tidak ke dalam satu ekosistem yang baru. Biasanya spesis ini membiak dengan cepat dan agresif lalu menjadi satu ancaman kepada spesis yang asal.

Invasive species boleh jadi datang dari negara luar ataupun dalam negara yang sama.

Bagaimana Ia Muncul?
Ada banyak faktor macam mana invasive species boleh muncul dalam satu-satu ekosistem. Ada yang diperkenalkan secara sengaja seperti tumbuhan ataupun haiwan hiasan yang diimport. Tumbuhan import ini boleh tumbuh di tempat lain dengan pelbagai cara. Haiwan pula mungkin dihanyutkan banjir atau dilepaskan ke habitat yang lain.

Ia juga mungkin boleh muncul secara tidak sengaja. Tumbuhan yang diimport mungkin membawa sekali bersama dengan ulat dari negara asal sebagai contoh. Seorang pelancong mungkin secara tidak sedar membawa kumbang dalam poket baju mereka.

Jadi Apa Masalahnya?
Ada banyak masalah dengan invasive species ni. Bila satu spesis baru diperkenalkan dalam satu ekosistem, ia mungkin tidak mempunyai pemangsa. Ini menjadikan ia boleh membiak dan tersebar dengan cepat seterusnya merosakkan rantaian makanan sesuatu ekosistem. Invasive species juga boleh menjadi pemangsa kepada spesis asal sesuatu ekosistem.

Terdapat juga kes invasive spesis yang merosakkan tanaman sehingga menjejaskan sumber ekonomi penduduk tempatan.

Contoh Di Malaysia
Keladi Bunting: Keladi bunting adalah tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan. Bunganya yang cantik membuatkan ia diperkenalkan di Tanah Melayu sekitar tahun 1900 sebagai tumbuhan hiasan. Namun dengan kadar pembiakan yang cepat (dua kali ganda dalam masa 12 hari) menjadikan tumbuhan ini satu masalah kerana ia memenuhi tasik, sungai dan sistem perparitan menyebabkan ianya tersumbat.

Golden Apple Snails: Mula dikesan di sebuah kolam ikan di Selangor pada tahun 1991. Ia diseludup masuk ke Malaysia untuk tujuan penternakan komersil. 10 tahun selepas itu ia mula mengganas dengan menyerang tanaman padi.

Seekor siput ini boleh makan 7 ke 24 batang anak padi dan ini menyebabkan ramai petani kerugian. Kerosakan akibat siput ini pernah dilaporkan sehingga 17,000 ha sawah padi.

Pokok Bunga Tahi Ayam: Berasal dari Amerika Selatan dan banyak digunakan sebagai tumbuhan hiasan. Boleh membesar sehingga 3-5 kaki tinggi dan lebar sehingga 8 kaki.

Masalah dengan pokok bunga tahi ayam ini adalah ianya akan melitupi keseluruhan kawasan dan menyebabkan tumbuhan lain yang berada di bawahnya menjadi mati. Dengan sifatnya yang cepat membesar, ia menjadi pesaing utama kepada banyak tumbuhan asal di Malaysia.

Kesimpulan
Ramai yang tahu mengenai prinsip jangan ambil apa-apa tumbuhan atau haiwan dari hutan. Tapi tak ramai yang tahu mengenai jangan tanam sebarangan tumbuhan atau lepaskan sebarangan haiwan ke dalam hutan. Haiwan atau tumbuhan yang anda bawa ke hutan mungkin boleh menyebabkan kematian spesis tempatan.

sumber:
1. Shariff, M. K. M., & Bakar, S. A. (2012). Invasive Plants In The Malaysian Landscape. ALAM CIPTA, International Journal of Sustainable Tropical Design Research and Practice1(1).
2. bin Hussain, Y., & Annamalai, S. (2008). Managing alien invasive species in Malaysia.
3. Salleh, N. H. M., Arbain, D., Daud, M. Z. M., Pilus, N., & Nawi, R. (2012). Distribution and management of Pomacea canaliculata in the Northern region of Malaysia: mini review. Apcbee Procedia2, 129-134.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s