PERLU ATAU TIDAK MEMBAWA PISAU SEMASA TRIP?

Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fahmy, founder Rainforest Campcrafts.

Pisau adalah suatu alat yang boleh menghasilkan alat- alat lain. Kegunaan pisau semasa aktiviti outdoor di sini akan lebih saya fokuskan kepada aktiviti hiking, camping, dan trekking. Membawa pisau semasa aktiviti outdoor merupakan satu isu yg sering dibincangkan, terdapat pelbagai pendapat yang menyokong dan ada juga yg kurang senang untuk membawa pisau. Di sini saya tidak akan membincangkan tentang perdebatan itu, cuma sekadar menyenaraikan beberapa pandangan PERIBADI tentang kegunaan pisau semasa melakukan aktivti outdoor.

Secara peribadi saya kategorikan pisau kepada 3 jenis;

KECIL
Bersaiz 3 inci ke bawah, sama ada pisau lipat (folding knife) atau pisau gantung (neck knife).
SEDERHANA
Bersaiz 3-6 inci, biasanya jenis fix blade (bukan lipat), kadang- kadang dipanggil bushcraft knife.

BESAR/ PANJANG
Bersaiz 6 inchi ke atas, contohnya pelbagai jenis parang untuk menetak (chopping), ada juga yang menggunakan kapak.
Setiap jenis pisau ini ada kegunaannya masing- masing, dan setiap satunya haruslah digunakan berdasarkan kesesuaian kerja yang hendak dilakukan, orang kata guna pisau tu biarlah berpada- pada.
KEGUNAAN PISAU
1. Membuka bungkusan makanan.
2. Persediaan makanan, seperti memasak.
3. Memotong tali menali
4. Membuat clearance/ membersihkan kawasan tapak khemah.
5. Membuka laluan trek dari halangan.
6. Membuat gajet / campcraft.
7. Menetak, memotong dan membelah kayu.
8. Menyediakan tinder dan kindling atau featherstick.
Saya selalu menyarankan agar setiap individu memiliki pisau masing- masing, pisau lipat kecil pun jadilah. Khusus untuk kegunaan ketika hiking, camping dan trekking.

KERANA ANDA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI ANDA SENDIRI!
TIPS/ NOTES
1. Pastikan anda sentiasa berhati- hati ketika menggunakan pisau.
2. Jangan memotong kearah diri sendiri atau orang lain.
3. Bahagian dalam limbs (kaki/ tangan) anda terdapat arteri utama, elakkan dari tercedera dengan pisau di bahagian tersebut.
4. Pisau kecil tidak boleh melakukan kerja- kerja pisau besar, tetapi pisau besar boleh melakukan kerja- kerja pisau kecil.
5. Pisau tumpul jauh lebih merbahaya dari pisau yang tajam, terutama ketika memotong kayu.
6. Jangan paksa penggunakan pisau melebihi kemampuan yang sesuai.
7. Jangan gunakan pisau yang sama untuk memotong kayu dengan menyediakan makanan.
8. Pastikan anda selesa dengan jenis pisau yg digunakan.
9. Jangan tetak mata pisau ke tanah atau batu… terutamanya kalau pinjam pisau orang lain.
10. Dapatkan nasihat dari individu yang biasa menggunakan pisau sebelum anda membeli pisau untuk diri anda.

Disclaimer: Artikel ini hanyalah pandangan peribadi, saya tidak menidakkan mana- mana pandangan yang lain. Saya juga menentang dengan sekeras- kerasnya penebangan pokok hidup dan membunuh haiwan secara sewenang- wenangnya. Saya juga tidak menggalakkan mambawa pisau di tempat- tempat awam secara terbuka.

-MAMU- 0172683548
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s