MALAYSIAN BLUE CORAL. ULAR CANTIK YANG MEMBUNUH

Dengan body yang slim dan boleh membesar sehingga 1.8m, ular Malaysian Blue Coral mungkin dipanggil sebagai ‘girl with long legs’ oleh spesis-spesis ular yang lain. Mempunyai kepala, dan ekor serta bahagian bawah badan yang berwarna merah, ular ini boleh dijumpai di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Terdapat 3 subspecies, tetapi personally saya rasa subspecies C. b. flaviceps  yang berasal dari Malaysia adalah yang paling cantik kerana ia mempunyai stripe biru di tepi badannya. Ular ini bersifat pemalu dan kebiasannya akan melarikan diri apabila terserempak dengan manusia.

‘Beautiful and shy. What a perfect snake’ kata seekor ular.

Blue_Malayan_Coral_Snake_from_Singapore

Tapi jangan terpedaya dengan kecantikan. Menu utama ular Blue Coral adalah ular lain. Even King Cobra pun termasuk dalam senarai menu ular Blue Coral.

Dengan menu yang sebegitu, ular ini mempunyai bisa yang paling kuat antara ular-ular lain. Apa yang lebih menakutkan adalah penawar bisa ular ini masih belum dijumpai. In fact, terdapat 1 kes dimana mangsa mati selepas 5 minit dipatuk. Satu pasukan penyelidik dari University Of Queensland melaporkan bisa ular ini akan menyebabkan seluruh tubuh mangsa kekejangan sebelum mangsa keputusan nafas.

Blue Coral Snake (Calliophis Bivirgata)

Warna:
Biru gelap atau hitam. Mempunyai jalur putih atau biru di sisi badan. Kepala, ekor dan badan berwarna merah terang. Panjang sekitar 140cm ke 180cm.

Taburan:
Malaysia, Singapura, Thailand, Burma, Laos

Habitat:
Bawah daun, pokok dan batu.

Masa Aktif:
Aktif pada waktu malam. Tetapi juga aktif pada hari siang yang mendung.

Sifat:
Pemalu. Suka menyusur perlahan-lahan dibawah daun. Tetapi melarikan diri apabila terserempak dengan manusia.

Makanan:
Ular, burung, katak dan cicak.

Venom:
Neurotoksik

Antivenom:
Belum dijumpai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s