PARANG KOMANDO MALAYSIA YANG PERFECT UNTUK SURVIVAL

Artikel ini ditulis oleh Pendekar Rimba

parang

1. Sarung yg agak tebal-Sarung parang ini diperbuat daripada batang pokok Pulai. Kayu Pulai ialah sejenis kayu yg lembut dan ia amat sensitif untuk memulakan api. Sarung parang ini memang di design agak tebal untuk kegunaan waktu terdesak kerana kayu daripada sarung parang ini boleh dipotong slice(Bunga Jarau) untuk proses memulakan api.

featherstick

Bunga Jarau atau featherstick

2. Rotan yang dianyam untuk mengetatkan sarung parang – Rotan boleh digunakn utk menghidupkan api dengan cara primitif. Jika dalam keadaan terdesak juga rotan pada sarung parang ini boleh dibuka dan digunakan untuk menghidupkan api dengan kaedah “fire thong method”.

 

3. Ulu parang ini adalah diperbuat daripada plastik yang mana ianya mudah terbakar dalam proses menghidupkn api.

4. Mata parang – Saiz nya tidak terlampau besar ataupn kecil. Tidak terlampau pendek ataupn panjang. Tidak terlampau berat atau ringan. Sesuai digunakn dalam apa jua keadaan. Besi nya adalah dari yang boleh menghasilkan “spark” yang banyak bila diketuk ke batu untuk menghidupkan api.

5. Cincin – Dihujung ulu parang ini teradapat satu cincin yang diperbuat daripada besi Zink. besi zink ini blh dibentuk menggunakan mata parang walaupun agak keras. Dalam keadaan terdesak ia boleh dibentuk menjadi mata kail. Boleh dibentuk menjadi pisau kecil dan ia boleh dikilatkn sebagai cermin dalam memberi isyarat kecemasan.

6. Tali yang berwarna hitam – Benang yang digunakan untuk membuat tali parang ini boleh dileraikn untuk membuat tali pancing. Selain daripada itu tali parang yang berwarna hitam ini juga boleh digunakn untuk membuat ikatan sementara tuap sekiranya berlaku anggota badan yang patah atau cedera terutama tulang kaki atau lengan.

Nota: Saya letakkan parang nombor 1 dalam peralatan ikhtiar hidup di dalam hutan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s