FAKTOR MASA DALAM TRIP GUNUNG

Artikel ini adalah tulisan Wahh Afif

“Bang, dari sini ke puncak berapa jam?”

Soalan biasa yg gua telan pada setiap trip. Jawapannya terpulang kepada guide sama ada mahu memberikan jawapan yg ‘benar’ ataupun ‘tipu sunat’. Selalunya tipu sunat ini bertujuan mahu menaikkan moral peserta kononnya jarak ke destinasi sudah tidak jauh, namun ianya boleh memberikan kesan sebaliknya dari segi kepercayaan terhadap sang jurupandu.

Ada pepatah mengatakan “berkata benarlah meskipun ia pahit.” Tetapi, bagaimana pula kalau sudah dikatakan jarak masa itu 1 jam dan menjadi 2, 3 jam pula?

Di sini gua ingin berkongsi serba sedikit tips berkaitan menganggar masa sepanjang trip pendakian agar suatu perjalanan berjalan dgn lancar, insyaAllah.

1. Rentak kumpulan

Semasa trek landai, laju..tiba masa ‘pacak’, macam lori 10 tan!
Selaku guide, profail trek mesti tersemat sudah dalam kepala. Analisis keadaan trek yg bakal ditempuh bersama simulasi ragam para peserta. Jika nyata kelemahan mereka di trek menegak, manipulasikan masa anggaran agar lebih panjang sedikit. Begitu juga jika ada yg perlahan pada trek yg menurun (jaga lutut).

2. Kondisi trek

Keadaan ini selalu gua pertimbangkan di trip Yong Belar. Di pintu rimba saja sudah boleh jangka kondisi trek yg bakal dilalui. Keadaan yg berselut boleh memperlahankan pergerakan dan keadaan yg kering pula sebaliknya. Simulasikan masa di situ.

3. Jarak dan bilangan peserta

“Bang, dua jam tu masa paling cepat ke biasa?”

Berikan julat masa, terutamanya jika membawa peserta yg ramai. Kalau tempoh biasa adalah 1 jam, berikan julat 1-2 jam..2 jam setengah pun tak apa sehingga ke had logik. Barangkali ada yg injured di belakang, bagi grup yg ramai pula ‘regrouping’ adalah penting dan itu mengambil masa juga. Kalau ramai, lebihlah masa yg diperlukan.

Namun, baru-baru ini gua terpaksa menunggu regrouping dgn barisan belakang hanya untuk mengetahui selepas trip yg mereka rupa-rupanya membuka dapur haram senyap-senyap. Dayum..hahaha.

4. Siang, malam, pagi dan petang

Secara azalinya kita tetap juga manusia yg punya anatomi tersendiri, bukannya robot. Keupayaan tenaga tubuh badan berkait rapat dgn waktu hari jua. Keadaan fizikal adalah lebih segar dan bertenaga pada awal pagi dan beransur-ansur merosot menjelang petang hingga ke malam. Mulakan trek yg mencabar pada awal-awal pagi dan berehatlah menjelang senja @ malam. Bateri yg lemah akan mengambil masa yg lebih panjang untuk menyelesaikan kerja. Jika terpaksa berjalan malam, anggarkan masa yg lebih daripada waktu siang..kalau biasa adalah 2-3 jam, anggarkanlah masa yg diambil 3-5 jam pada waktu malam, bergantung kpd trek juga.

5. Motivasi
Keadaan emosi dan psikologi suatu trip pada hari pertama berbeza sekali dgn hari terakhir, boleh jadi semangat perjuangan ‘nak balik’ itu lebih tinggi dan mendorong perjalanan yg lebih pantas. Ketika ini, jangan terlalu memberikan harapan kononnya boleh keluar lebih cepat daripada masa anggaran. Jika ia mengambil masa 5 jam, maklumkanlah seperti biasa (tips 1).

Peri pentingnya kemahiran menganggar dan memberikan masa yg tepat bukan saja dapat memberikan keyakinan kepada segenap ahli kumpulan tetapi membantu merencana perjalanan trip dgn lancar, dan di sinilah salah satu tugas guide yg paling utama iaitu membawa kumpulan pergi dan balik dgn selamat. InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s