RAWATAN AIR SEMASA TRIP HIKING

Air yang jernih jangan disangka tiada bahaya. Sebenarnya ada 3 benda yang mungkin ada dalam air yang anda ambil dari sungai (atau lopak) semasa trip.

Pertama, solid particle. Yang ni boleh nampak dengan mata kasar. Serbuk kayu, pasir, serangga, daun dan apa sahaja bendasing dalam air yang anda boleh nampak.

Kedua, microbes. Yang ni tak boleh nampak. Microbes termasuk bakteria, virus dan protozoa.

Ketiga, bahan kimia berbahaya. Ini lagi tak boleh nampak. Contoh bahan kimia macam pesticide, herbicide dan logam berat.

Ada beberapa teknik rawatan air yang boleh kita gunakan semasa trip untuk memastikan air yang kita minum adalah bersih. Setiap teknik ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jenoba Outdoor akan terangkan satu persatu.

MASAK AIR
Ini cara yang paling common. Bakteria, protozoa dan virus boleh dibunuh dengan memanaskan air pada suhu 100 darjah celcius. Centers for Disease Control and Prevention US menyarankan untuk memanaskan air pada suhu 100 darjah celcius selama 1 ke 3 minit untuk memastikan air benar-benar selamat untuk diminum.

PENAPISAN
Ada dua jenis penapis untuk kegunaan semasa aktiviti outdoor. Microfiltration dan ultrafiltration. Microfiltration boleh tapis sehingga 0.1 µm cukup halus untuk menapis solid particles dan bakteria. Tetapi tidak cukup halus untuk tapis virus. Untuk menapis virus, anda memerlukan penapis dengan teknologi ultrafiltration.

filter1

Penapis air macam LifesStraw dan Sawyer biasanya menggunakan label ‘filter’ untuk produk yang menggunakan teknologi microfiltration. Untuk produk yang menggunakan teknologi ultrafiltration pula, label ‘purifier’ akan digunakan.

filter lifestraw

UV
Pada jarak gelombang 260 nm–270 nm, sinar UV memecahkan ikatan DNA dan menghasilkan thymine yang akan membunuh microorganisma. Pancaran UV sangat efektif untuk membunuh bakteria dan virus.

Stripen mengeluarkan produk pembersih air UV yang portable sesuai untuk kegunaan semasa trip.

filter steripen

IODINE
Iodine banyak digunakan sebagai antiseptic kerana sifatnya yang membunuh kuman. Ia juga boleh digunakan untuk merawat air. Hanya perlu titiskan iodine dalam air dan ia akan membunuh protozoa, bakteria dan virus dengan cara merosakkan dinding sel mereka. Tapi air yang dah campur dengan iodine ni biasanya rasa pelik sikit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s