TEKNIK LAYERING BAJU

Semasa hiking kita kena regulate suhu badan kita. Tak boleh terlalu sejuk sampai jadi hypothermia. Dan tak boleh terlalu panas sampai jadi hyperthemia.

Cara yang paling fleksibel untuk mengekalkan suhu yang sedap-sedap semasa hiking adalah dengan menggunakan teknik layering. Apa korang ingat tudung je ada layer?

Ada TIGA (3) layer yang digunakan dalam teknik ni. Setiap layer baju ada material yang sesuai dan mempunyai fungsi yang berbeza. The best part tentang teknik layering ni adalah ianya fleksibel; anda boleh tambah atau kurangkan layer ikut cuaca dan aktiviti.

layering-2

BASE LAYER: MENGAWAL PELUH
Fungsi paling penting untuk base layer adalah ianya mestilah mampu menyerap DAN mengeringkan peluh. Material macam cotton tak berapa sesuai kerana ia kuat menyerap peluh tapi lambat kering. Bila peluh berkumpul di baju cotton, lama-kelamaan kita akan menjadi sejuk.

Merino wool (kapas yang diperbuat daripada kambing Merino) sangat sesuai untuk dijadikan base. Material sintetik macam Polartec Power Dry dan Patagonia Capilene pun bagus. Paling cikai boleh guna baju microfibre quickdry.

MID LAYER: MEMERANGKAP HABA
Badan kita mengeluarkan haba, dan haba ini perlu dikekalkan di sekitar tubuh supaya badan kita berasa hangat. Tugas mengekalkan haba di sekitar tubuh ni kita serahkan kepada mid layer.

Mid layer ni sesetengah orang panggil sweater.

Ada beberapa option material yang sesuai untuk menjaga perbatasan haba. Paling popular di Malaysia adalah fleece, sejenis material sintetik. Kelebihan fleece adalah ianya ringan dan boleh bernafas (breathable).

Kebolehnafasan ini penting supaya wap peluh tak terperangkap di bawah lapisan kain. Kalau wap peluh terperangkap, basah berjerukla baju.

OUTER LAYER: PERLINDUNGAN DARIPADA ELEMEN ALAM
Elemen alam macam air hujan, angin dan salji mestilah dielakkan daripada terkena tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Jadi inilah fungsi outer layer.

Satu ciri paling penting untuk outer layer adalah ianya hendaklah kalis air dan angin dan pada masa yang sama ianya hendaklah breathable.

Gore-Tex dan eVent adalah contoh material yang kalis air dan pada masa yang sama breathable.

Gore-tex-fabric

MACAM MANA NAK GUNA TEKNIK NI?
Senang je. Sesuaikan ikut keadaan.

Bila cuaca panas dan rasa dahaga, singgah di gerai ais kacang diminta. Susu dan jagung, kacang dan lengkong. (demit. teringat pulak lagu masa sekolah rendah ni)

Bila cuaca panas, pakai base layer dah cukup.

Kalau cuaca sejuk tapi tak hujan, pakai base dan mid layer. So on dan so forth.

Diagram dari gooutdoors.co.uk ni summarize tentang penggunaan teknik layering:

Screen Shot 2017-07-26 at 4.23.03 PMScreen Shot 2017-07-26 at 4.24.42 PM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s