COUNTRYSIDE CODE UNITED KINGDOM DAN ADAB PENDAKI MALAYSIA

Taman Negara (National Park) di UK adalah berbeza dengan Taman Negara di negara-negara lain. Taman Negara di negara seperti Malaysia biasanya adalah sebidang kawasan hutan yang digazetkan sebagai Taman Negara. Manakala di UK, Taman Negara bukanlah kawasan hutan semata-mata.

Di UK, National Parks adalah kawasan luar bandar yang dilindungi kecantikan asal, hidupan liar dan budaya-budaya di tempat tersebut. Ia termasuk kampung, pekan malahan ladang. Ia merupakan tempat tinggal dan tempat kerja bagi sebilangan masyarakat di UK. Tanah-tanah dalam kawasan National Parks merupakan milik individu dan bukan milik kerajaan.

Kawasan National Parks ini dikunjungi ramai pelancong kerana kecantikan, hidupan liar dan budaya yang menarik yang terdapat di sana. Pertembungan diantara orang tempatan dan pelancong luar menyebabkan masyarakat di sana memperkenalkan Country Code untuk mengelakkan konflik antara tuan tanah dan pelancong asing. Mula diperkenalkan pada tahun 1930, Countryside Code bolehlah dikatakan sebagai kod etika atau panduan kepada pelancong tentang adab-adab bertandang ke tempat orang.

Terdapat banyak versi Countryside Code pada awalnya tetapi ideanya berkisar kepada beberapa perkara seperti menghormati hak orang lain, jaga kebersihan, jaga alam sekitar, dan sentiasa berhati-hati. Pada tahun 2004, Countryside Agency (sebuah badan berkanun yang menjaga hal ehwal luar bandar di UK) dan Countryside Council of Wales telah memperkenalkan satu Countryside Code yang baru. Countryside Code memberi mesej ‘silalah melawat tempat saya, tetapi sila hormati dan jaga kawasan ini bersama-sama’

Situasi pelancong luar bertandang ke kampung/pekan/kebun orang ini juga berlaku di Malaysia terutamanya di kalangan komuniti hiking. Hampir kesemua starting point gunung-gunung di Malaysia berada di kampung-kampung dan pekan-pekan. Malahan, terdapat beberapa trail mendaki yang memerlukan kita melalui tanah persendirian seperti kebun dan ladang. Berikut adalah isi kandungan Countryside Code 2004 dan bagaimana ianya boleh diimplementasikan semasa camping dan hiking di Malaysia.

1. Berhati-hati, rancang perjalanan dan ikut arahan papan tanda / Be safe, plan ahead & follow any signs
Sebelum pergi mana-mana trip check dulu cuaca tempat yang nak dituju. Jangan lupa inform kawan/ibu bapa/awek/skandal kemana anda pergi. Inform sekali bila tarikh dan masa nak balik supaya mereka dapat buat tindakan awal sekiranya anda tidak balik pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

2. Biarkan pagar dan bangunan (masjid, sekolah, etc) seperti mana anda menemuinya / Leave gates and property as you find them
First thing first jangan masuk kawasan yang berpagar. Kalau masuk bangunan macam masjid pastikan anda menjaga kawasan tersebut. Jangan sebarangan guna fasiliti awam. Jangan menconteng dan merosakkan harta benda awam macam wakaf dan sebagainya.

3. Pelihara haiwan & tumbuhan dan bawa pulang sampah anda / Protect plants and animals, and take your litter home
Jangan bunuh haiwan. Jangan bawa balik haiwan dan tumbuhan yang dijumpai di trail. Biarkan je diorang dekat situ. Sampah sila bawa keluar semula. Jangan tinggal dekat campsite.

4. Jaga binatang peliharaan anda / Keep dogs under control
Sekiranya anda membawa binatang peliharaan, pastikan ianya tidak mengganggu orang lain dan hidupan lain.

5. Fikirkan tentang orang lain / Consider other people
Ingat, anda bukan pemilik tempat tersebut. Jaga hati orang kampung. Jaga tingkah laku. Ada perkara yang kita rasa normal di tempat kita tapi tak sesuai dibuat di kawasan orang.

Benda ni kalau kita hadamkan dan terapkan dalam diri masing-masing, insiden seperti masjid ditutup untuk pendaki boleh dielakkan. Tak salah untuk kita bergembira dengan hobi mendaki, tapi jangan sampai hobi ini menyusahkan orang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s