REVIEW FREELIFE 4P POP-UP TENT

Khemah jenis pop-up ni memang dibuat khas untuk orang yang malas nak pasang khemah. Campak je terus siap khemah. Tak payah susah-susah nak masukkan rod apa semua. Campak-campak, terus lena. Macam tagline produk kosmetik. Kehkehkeh.

Jadi kali ini Jenoba Outdoor review tentang pop-up tent dari jenama freelife. Kita tengok betul ke senang nak pasang khemah ni dan kita cerita juga kelebihan dan kekurangan khemah ni.

IMG_9326

Benda yang paling obvious pasal khemah ni adalah packingnya yang berbentuk bulat. Tak macam khemah-khemah lain yang berbentuk silinder. Konfem tak boleh masuk dalam backpack. Ada disediakan dua strap untuk dipikul macam beg. Dengan diameter 100cm anda akan kelihatan macam ninja turtle bila galas khemah ni atas belakang.

Kami jangkakan bentuk packing yang ganjil ni akan menyukarkan khemah ni untuk dibawa dalam kereta. Luckily, bila masuk kereta Saga FLX rim standard, khemah ni muat-muat je. Dengan berat khemah 3kg, kereta kami berjalan lancar tanpa ada bunyi mengaum dan signal berfungsi dengan baik tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

IMG_9316

Cara pasang khemah ni memang mudah. Cuma keluarkan khemah dari sarung dan khemah secara automatik akan kembang sendiri. Ok, ada satu step lagi iaitu cabut strap getah khemah. Tapi step ni senang sangat untuk dikatakan sebagai step. Total tak sampai 1 minit siap pasang satu khemah.

Untuk aksi dramatik dan untuk impress kawan-kawan, anda bolehlah mencampak khemah macam dalam video ni.

Khemah ni datang dengan 6 batang pancang besi. 2 untuk secure khemah, lagi 4 untuk digunakan dengan guy line. Ada 4 guy line untuk digunakan semasa angin kencang. Sebab angin tak kuat sangat masa kami pasang ni, jadi kami tak ikat guy line. Tapi kami sertakan gambar guy line untuk tatapan anda semua.

IMG_9342

Khemah ni adalah jenis 2 layer dan ada 2 pintu. Setiap pintu ada 2 lapisan. Lapisan luar dan lapisan dalam.

IMG_9343

Khemah ni agak kurang dari segi ventilation. Tiada vestibule atau tingkap untuk aliran udara. Pintu lapisan dalam pun cuma ada jaring di bahagian atas dan bukannya sepenuhnya jaring. Jadi bila duduk dalam ni dengan pintu tertutup bersama kawan yang mempunyai masalah kaki berbau, bau tu memang akan berlegar-legar dalam khemah. Panas tu dah tentu punya.

Ruang dalaman agak luas dan ada 2 poket di kiri dan kanan untuk simpan apa-apa yang boleh disimpan. Bahagian dalam atas disediakan dua cangkuk untuk gantung apa-apa yang boleh digantung seperti baju dan towel microfibre.


IMG_9327
Last sekali kami tunjukkan macam mana nak pack balik khemah ni masuk dalam sarung dia. Pasang memang senang. Tapi nak pack semula agak tricky. Tapi instruction ada dijahit dekat sarung di bahagian dalam. Kalau tak faham, tengok video ni banyak kali. Agak tricky, tapi bila dah boleh buat sekali, yang kedua tu sambil pejam mata pun boleh buat.

Ni betul-betul last. Harga khemah ni RM450 tak siap pos. Kalau nak beli boleh whatsapp 019-9061018.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s