JENIS-JENIS KASUT HIKING

Kasut hiking akan menentukan mood anda semasa hiking. Kalau kasut selesa, anda akan melangkah dengan senyuman. Tapi kalau kasut tercabut tapak, mungkin awek cun akan tersenyum sinis kepada anda.

Kali ini (setelah beberapa minggu tanpa artikel) kami terangkan sikit tentang kasut hiking. Kita akan sentuh dari sudut jenis kasut, construction dan material. Tapi kita cuma akan sentuh mengenai kasut hiking yang proper, bukan kasut getah atau adidas kampung. Kasut getah ni kita kena bukak satu bab khas yang lain untuk dia.

Jenis-jenis Kasut
First thing first, kita kena tahu yang bukan semua kasut hiking sesuai untuk semua jenis trip hiking. Basically ada 3 jenis (sesetengah orang kata 4 bergantung kepada jenis trip) kasut hiking.

1. Hiking Shoes
Biasanya low cut dan ringan. Sesuai untuk day trip yang tak memerlukan hiker memikul beban yang berat. Trail running shoes boleh masuk dalam kategori ni. Ringan, ada support dan grip.

trail shoes

ps: beban mempengaruhi pemilihan kasut hiking kerana beban juga akan ditampung oleh kasut. Kasut yang dapat menampung beban dengan baik memastikan kaki anda selesa sepanjang trip.

2. Hiking Boots
Ada dalam bentuk mid ataupun high cut untuk lebih protection pada ankle. Sesuai dipakai untuk trail yang agak mencabar. ie: Ada banyak batu dan akar melintang jalan.

hiking boots

3. Backpacking Boots
Kebanyakannya high cut dan mempunyai sistem cushion yang baik. Kedua-dua ciri ini penting untuk trip yang memerlukan anda memikul beban yang berat. Dengan ankle support dan cushion, kaki anda kurang mendapat risiko kecederaan.

backpacking boots

Construction & Material
Construction dan material akan menentukan ciri-ciri seperti berat, kekalisan air (waterproof), grip dan kebolehnafasan (breathability).

construction

1. Upper
Bahagian atas kasut. Kasut yang diperbuat daripada kulit biasanya lebih tahan lasak dan lebih kalis air. Tetapi kasut kulit biasanya berat dan kaki tidak dapat bernafas menjadikan kaki cepat berpeluh dan berbau.

Untuk mengatasi masalah ini, pengeluar kasut menggunakan material sintetik seperti poliester dan nilon. Material sintetik menjadikan kasut lebih ringan, lebih cepat kering dan lebih murah. Kelemahan kasut dengan material sintetik adalah ianya lebih cepat rosak. Terdapat juga pengeluar yang menggabungkan kedua-dua material (kulit dan sintetik) untuk mendapatkan the best from both material.

Material bermembran seperti Gore-Tex dan eVent digunakan untuk meningkatkan ciri kalis air sesebuah kasut. Tapi material ini juga terdapat kelemahan iaitu kurang breathable menjadikan kaki cepat berpeluh.

2. Midsole
Midsole terletak di bahagian dalam kasut. Permukaan kasut di mana tapak kaki bersentuhan (sesetengah kasut ada insole tapi kebanyakan insole digabungkan dengan midsole). Fungsi midsole adalah untuk menyerap hentakan semasa berjalan.

Dua material yang biasa digunakan adalah EVA dan PU. EVA adalah lebih ringan berbanding PU. Tetapi EVA juga lebih cepat hilang sifat kekenyalan berbanding PU menjadikan midsole yang diperbuat daripada PU lebih tahan lama dan selesa dipakai walaupun telah lama dibeli.

3. Internal Support
Inner support terletak di antara midsole dan outsole (tapak). Terdapat dua jenis internal support, shank dan plate.

Fungsi shank adalah untuk mengelakkan kasut daripada berpiuh (provide torsional rigidity) apabila berjalan di atas permukaan yang tidak rata. Plates pula memberi perlindungan kepada tapak kaki dari permukaan tajam seperti batu. Kedua-dua jenis inner support ini penting untuk mengelakkan kaki daripada kecederaan.

torsion

4. Outsole
Outsole ataupun tapak macam biasa diperbuat daripada getah untuk memberi cengkaman ketika berjalan. Kadang-kadang bahan lain seperti carbon ditambah untuk memberikan lebih ketahanan kepada tapak kasut. Tapak kasut yang mempunyai kandungan getah yang tinggi akan cepat haus berbanding yang sebaliknya.

Rujukan:
1. https://www.rei.com/learn/expert-advice/hiking-boots.html#HikingBootComponents
2. http://www.merrell.com/US/en/blog?url=%2F/merrell_us/whats-inside-a-hiking-shoe/
3. http://www.sierratradingpost.com/lp2/hiking-boots-guide/
4. http://workingperson.me/2015/01/13/shanks-everything-you-need-to-know/
5. http://www.rokslide.com/forums/footwear/20140-hiking-boot-soles-stiff.html
6. https://kenva.wordpress.com/2008/04/15/the-shoe-test-by-mark-t-reeves/
7. http://www.militarybootsdirect.com/the-difference-between-eva-and-pu.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s