APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PSK

Artikel ini ditulis oleh Mohd Rizam Sahak

ULANG DAN KAJI

PAKET KECEMASAN, ‘SURVIVAL PACK’
‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’
untuk ‘Gerimis Mengundang’

Apabila kita merancang untuk ke hutan ada satu perkara yang sangat penting perlu diambil perhatian iaitu menyediakan satu paket khusus yang digelar ‘survival pack’ atau paket kecemasan. Hal ini dianggap remeh dan diambil mudah oleh sebahagian pengembara hutan. Namun ia sangat membantu dan sangat penting bagi tujuan penggunaan semasa kotigensi, sama ada dalam situasi sesat, ikhtiar hidup, kemalangan, membantu mangsa dan sebagainya. Jangan pandang mudah kepada kepentingan membawa pack survival kerana ia adalah bahan bantu mula untuk kita memulakan proses ikhtiar hidup di hutan. Hal ini akan bertambah penting jika kejadian kecemasan di hutan melibatkan tempoh yang panjang. Meskipun kita mengakui diri seorang yang berkemahiran tinggi dalam survival di hutan, paket kecemasan sekurang2nya akan menjadi bahan bantu mula untuk kita berada dalam situasi kecemasan dan kelansungan hidup diluar jangka. Sekurang kurangnya dengan tersedia paket kecemasan, kita dapat mengurangkan beberapa perkara seperti tidak panik, mood dan kawalan perasaan yang baik dan yang lebih penting mengurangkan risiko keselamatan diri sebelum kita diselamatkan.

Antara ciri2 utama ‘survival pack’ atau paket kecemasan

1.Mempunyai bekas simpanan yang dikhaskan.

2.Terdapat tiga item kumpulan paket survival yang perlu disediakan berasingan mengikut jenis iaitu paket ubatan, paket makanan dan paket alatan.

3. Bahan dan alatan yang di kompress menjadi paling minimum, ringan dan kecil dari segi kuantiti, saiz, berat dan ruang untuk sekurang2nya keperluan bagi seorang sahaja. Paket kecemasan ini lebih bersifat individu iaitu untuk keperluan diri kita sendiri sahaja. Pertimbangan penyediaan harus juga diambil kira dari aspek kepelbagaian fungsi. Ada pendapat menyatakan semua item paket kecemasan adalah sekurang2nya di kompres sebesar saiz penumbuk tangan paling ideal bagi menyelesai masalah ruang dan berat.

4. Disatukan dalam satu bekas dari semua item bahan atau di asing mengikut item kumpulan tanpa dicampur aduk bersama barang lain di dalam bagasi backpack utama.

5.Bukan sebagai ration utama yg menjadi kegunaan sepanjang trip pengembaraan. Ia hanyalah sebagai pack yang disimpan sepanjang trip tanpa diusik kecuali dalam masa kecemasan.

6.Berada dalam posisi paling mudah diambil dalam bagpack atau dibahagian tertentu posisi backpack yang sesuai, tidak mengganggu, dan selamat daripada basah, hilang dan tercicir.

7.Kandungan sesuatu bahan tidak semestinya berjenama dan mahal, sebaliknya biarlah murah tetapi mempunyai ciri2 multifuncition atau serbaguna.

8.Bahan2 mempunyai sifat lasak dan jangkahayat lama

Apakah bahan bahan utama di dalam paket kecemasan atau survival pack

PAKET KECEMASAN UBAT-UBATAN

Beberapa keperluan asas yang terdapat dalam peti pertolongan cemas pasti boleh digunakan saat-saat ia diperlukan. Pembalut luka pelbagai saiz, kain kasa, kain anduh, pelekat adhesif, gunting, penyepit kecil, ubat tahan sakit, kain anduh, antiseptik, termometer, pin keselamatan, ubat-ubatan, aspirin, paracetemol, ubat selsema, ubat cirit-birit, julap, minyak angin, minyak panas, dan antasep adalah antara yang perlu ada. Selain itu ubatan peribadi juga sangat penting. Hal ini bergantung kepada keperluan individu sendiri kerana masing2 mempunyai kondisi dan sejarah sakit mereka sendiri. Sebagai contoh seseorang yg mempunyai penyakit lelah berkala, harus membawa bekalan ubatan tambahannya sendiri seperti ubat ventolin inhaler atau pil. Begitulah juga untuk individu2 lain yang mempunyai penyakit dan sejarah penyakit yang berbeza2.

Namun dalam isu berat dan ruang untuk bagpack akan membuat kita sering mengabaikan kepentingan untuk membawa paket ubatan kecemasan.

PAKET KECEMASAN MAKANAN

Dalam situasi kecemasan terutamanya apabila sesat di hutan sudah tentu kelangsungan hidup adalah bergantung kepada makanan. Sebelum kita memulakan praktis kemahiran ilmu ikhtiar hidup yang dipelajari untuk mengeksploitasi bahan2 semulajadi sebagai makanan, sudah tentu survival pack berbentuk makanan akan membantu dan pilihan pertama kita. Hal ini dapat membantu kelangsungan hidup sehingga kita mendapatkan bantuan dari pihak penyelamat. Survival pack makanan itu akan bergantung kepada persedian kita semasa menyediakannya, sama ada daripada kuantiti, variati bahan dan jangka hayat, dan seterusnya menentukan aspek masa selama mana ia dapat bertahan untuk membantu kita meneruskan kelangsungan hidup.

Dalam piawai standard The American Red Cross mencadangkan, paket kecemasan makanan disediakan sekurang2nya untuk bekalan tiga hari apabila meninggalkan kediaman. Ini diambil kira bagi jangkamasa standart dalam kejadian kecemasan dan sesat di hutan. Namun ia berbalik kepada kesanggupan kita sendiri untuk menambah beban berat, saiz dan ruang untuk dibawa. Selain itu penyediaan mula makanan haruslah bersih dan strel. Selain dipaket di dalam bekas kalis pecah dan kalis air. Kita tidak mahu makanan yang disediakan tidak bersih akan mengganggu keadaan kecemasan kita nanti.

Selain itu paket kecemasan makanan bukanlah dijadikan sebagai ration utama atau tambahan untuk dimakan sepanjang pengembaraan kita. Harus diingat paket kecemasan makanan adalah untuk dimakan semasa kejadian kecemasan sahaja. Sudah tentu ia tidak boleh diusik sehingga tamat pengembaraan kita, dan sentiasa diganti dan disemak semula setiap kali dalam pengembaraan akan datang. Sekali lagi isu kuantiti dan berat sudah pasti menjadi perkara yang perlu dipertimbangkan. Seperti diterang sebelum ini bahawa survival pack adalah kepentingan sekurang kurangnya untuk keperluan kecemasan anda secara individu.

Bahan-bahan makanan yang dicadang kan ialah makanan ruji dan asas yang mengenyangkan seperti beras, tepung gandum, mee kering, biskut, dan semua jenis makanan berasaskan beras dan gandum. Bahan makanan penting seterusnya ialah gula dan garam. Selain itu makanan2 tambahan lain yang anda fikirkan perlu seperti lauk pauk tin, rempah ratus, perisa minuman, sebotol 500ml air dan sebagainya.

PAKET KECEMASAN PERALATAN

Secara umumnya jika berlaku keadaan kecemasan seperti sesat di hutan, semua alatan yang dibawa di dalam bagasi bagpack kita adalah berguna. Untuk keperluan hidup kita perlu menggunakan apa sahaja bahan terutama yang telah sedia ada dibawa. Namun tidak hairan juga semasa kecemasan dan terdesak untuk menggunakan bahan tersebut, tiba2 kita akan dapati bahan tersebut tiada di dalam bag pack kita kerana atas beberapa sebab, seperti hilang dalam perjalanan, pembahagian bahan yang tidak sekata dalam kumpulan untuk di bawa, terlupa untuk di bawa atau sebenarnya kita memang telah merancang tidak membawa bahan tersebut di awal pengembaraan.

Oleh itu dalam keadaan kecemasan ini lah kepentingan kepada semua bahan2 paket kecemasan barangan akan menjadi sangat penting. Apakah bahan2 yang perlu ada dalam paket kecemasan barangan. Hal ini akan berbalik semula kepada pertimbangan dan kesanggupan ada untuk dari aspek berat, saiz dan ruang. Oleh itu ciri utama paket kecemasan barangan sama seperti kumpulan item kecemasan lain iaitu kompres, kecil, ringan dan serbaguna.

Dalam satu bekas item alatan kecemasan bahan paling utama perlu disediakan adalah bahan api dan pisau. Itu adalah bahan keperluan paling asas. Tetapi bagi membantu kita dalam situasi kecemasan sebaiknya kita telah merancang dengan satu senarai lengkap yang penuh dengan bahan2 alatan yang praktikal dan membantu kelangsungan hidup. Barangan tersebut adalah seperti pemetik api atau mancis, alat tajam (parang seeloknya bagi tujuan tebangan pokok) pisau serbaguna, umpan api, tali benang, tali nylon, tangsi, jarum, pin, mata kail, plastik ringan dan nipis saiz fly 5×5, baju hujan pakai buang, lilin, lampu kecil, wisel, kompas mini, telifon bimbit, mestin, suar, dan sebagainya mengikut kesesuai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s