TIPS PEMILIHAN GUIDE

Tips ini ditulis oleh Muzafar Mohamad Muzs

Tips memilih guide gunung anda:

1. Rujuk KOMUNITI GUIDES GUNUNG MALAYA.
2. Pilih dari kalangan guides dalam company (kalau yg dibooking tak datang, maka company bertanggungjawab mengganti guide baru).
(Kalau service tidak memuaskan anda boleh komplen pada pengurusan sila haribulan boleh dapat refund).
3. Cek FB Akaun guide sebab dekat situ boleh nampak previous punya trek record so boleh refer client lama dia.
4. Jangan bayar penuh waktu booking.
5. Tanyakan berapa orang yang dia bawak, kadang-kadang guide bawak assistant. Nasib tak baik kadang assistant ni adalah client lain yang dia skalikan dengan trip kita. So sudah tak adil.
6. Tanyakan kelengkapan dia seperti 1st aid, walkie talkie, gps, peta dan lain lain.
7. Tanyakan pada dia tentang gunung tersebut punya keperluan seperti permit, report polis dan lain-lain bagi mengesahkan dia benar-benar tahu. Bukan just second time naik terus bawak orang.
8. Tanya kan hal-hal berkaitan khidmat bantu awal atau 1st aid action kalau berlaku situasi seperti ular, luka, lelah, hypothermia dll utk lihat dia benar-benar bersedia.
9. Maklumkan pada dia kategori anda. Pendaki regular, pendaki baru, pendaki tegar dll.
10. Dapatkan nama penuh, no telefon, no ic, alamat, sebaiknya sebelum bayar. Alasan untuk buat report polis. Sebenarnya untuk kita cari dia jika ada perkara berbangkit.
11. Bukan semua guide ada lesen, org asli, org kampung, ahli persatuan mendaki, ahli kelab mendaki belum tentu ada lesen tapi bukan bermakna mereka tak layak.
12. Harga lantai bayaran adalah rm200 ke rm250 sehari utk 12org. Jika anda dapat haga bawah dari itu sila periksa semula (kemungkinan 1st time guide, solo guide tanpa company, kawan2 punya stail dll) sentiasa curiga bila bayaran rendah dan sentiasa demand bila bayaran tinggi.

Kalau ada lain-lain perkara tambahan sila kongsi bersama saya ok. Ini sekadar pandangan dan pertimbangan yang saya buat sebelum saya memilih guide selalunya. Sebab dah pernah kena tipu.

Advertisements