9 BACKSYSTEM DEUTER YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

Dua ciri utama backsystem yang bagus adalah ventilation dan load distribution. Semakin bagus ventilation, semakin kurang kita berpeluh. Semakin bagus load distribution, semakin efektif tenaga digunakan untuk memikul beg.

Deuter Aircomfort System dibuat untuk kesan ventilation yang optimum manakala Deuter Aircontact System dibuat untuk load distribution yang paling efektif. Dan sebenarnya ku mengharapkan sebalik senyuman mu itu. Eh. Termenyanyi pulak. Dan sebenarnya ada 8 jenis Deuter Aircomfort System dan Deuter Aircontact System.

Aircomfort
Aircomfort yang paling basic. Menggunakan lightweight frame untuk mengekalkan ketegangan back mesh lalu menghasilkan poket udara untuk pengudaraan maksimum.

Model backpack: Deuter Zugspitze 22SL, Deuter Zugspitze 24, Deuter Groden 30SL, Deuter Groden 32, Deuter AC Lite 14SL, Deuter AC Lite 18, Deuter AC Lite 22SL, Deuter AC Lite 26.

ac lite

Aircomfort Flexlite
Ringan, pergerakan yang bebas dan pengudaraan maksimum adalah ciri utama sistem ini. Frame bulat memastikan mesh sentiasa tegang untuk mewujudkan satu poket udara antara pemakai dan backpack. Poket udara ini membenarkan pengaliran udara menjadikan pemakai kurang berpeluh dan tidak panas. Sistem inimengurangkan perpeluhan sebanyak 25%.

Model backpack: Deuter Futura 20SL, Deuter Futura 22, Deuter Futura 28, Deuter Futura 24SL, Deuter Futura 26, Deuter Futura 30SL, Deuter Futura 32, Deuter Futura 32, Deuter Futura 35EL.

Air Comfort FlexLite

Aircomfort Flexlite Pro
Mengekalkan frame Aircomfort Flexlite dan ditambah dengan sistem VariFlex. Dengan sistem VariFlex, 70% beban dapat dipindahkan ke bahagian pinggul menjadikan sistem ini bukan sahaja mempunyai pengudaraan yang baik, malah mempunyai load distribution yang efektif. Sistem pivot di hipbelt juga menjadikan backpack ini stabil untuk dipikul.

Model backpack: Deuter Futura Pro 34SL, Deuter Futura Pro 36, Deuter Futura Pro 40SL, Deuter Futura Pro 42, Deuter Futura Pro 44EL.

deuter-futura-pro-36-forest-emerald-5

Aircomfort Flexlite Vario
Upgrade daripada sistem Flexlite Pro, Deuter menghasilkan Flexlite Vario. Semua ciri utama Flexlite Pro dikekalkan dan ditambah dengan satu sistem yang dipanggil VariFit.

Dengan sistem VariFit, torso length backpack ini boleh diselaraskan mengikut badan pemakai menjadikan backpack ini lebih selesa dipikul.

Model backpack: Deuter Futura Vario 45+10SL, Deuter Futura Vario 50+10

flexlite vario

Aircontact Trail
Sistem Aircontact tidak menggunakan mesh dan poket udara tetapi digantikan dengan teknologi foam untuk menghasilkan padding yang mempunyai pump effect. Udara dialirkan melalui padding dan mengurangkan perpeluhan sebanyak 15%.

Aircontact Trail turut menggunakan Delrin U-frame menjadikan load distribution sesebuah backpack lebih efektif. Satu ciri istimewa Aircontact Trail adalah hipbelt yang boleh dilipat supaya pemakai boleh menggunakan harness semasa memikul backpack ini.

Model backpack: ACT Trail 22SL, ACT Trail 24, ACT Trail 28SL, ACT Trail 30, ACT Trail 36EL.

aircontact-trail-harness-diagram

Aircontact Trail Pro
Dengan design full-contact. Aircontact Trail Pro sentiasa rapat dengan belakang tubuh dan beban sentiasa rapat dengan centre of gravity badan. Juga dilengkapi dengan steel wire frame, 70% beban dapat diagihkan ke pinggul. Design ini memastikan beban dapat diagihkan dengan efektif dan pemakai dapat kawalan maksimum keatas backpack menjadikan pendaki lebih stabil ketika trekking.

Model backpack: Deuter ACT Trail Pro 32SL, Deuter ACT Trail Pro 34, Deuter ACT Trail pro 38SL, Deuter ACT Trail Pro 40.

4400341

Aircontact
Ciri utama backsystem Aircontact adalah sistem Vari Quick yang membolehkan anda melaraskan torso length backpack supaya bersesuaian dengan torso length anda. Satu lagi ciri menarik backsystem Aircontact adalah ia mempunyai head moulding bertujuan untuk memberikan sedikit ruang di bahagian kepala. Jadi anda boleh mendongak sedikit walaupun backpack anda lebih tinggi dari kepala anda. Sesetengah backpack tidak mempunyai head moulding menjadikan anda terpaksa memandang ke depan sahaja macam orang sakit tengkuk.

Load adjustment strap juga ditambah menjadi dua strap di setiap sisi membolehkan pemakai fine tune kedudukan backpack. Aircontact juga dilengkapi dengan sistem VariFlex di bahagian hipbelt.

Model backpack: Deuter Aircontact 40+10SL, Deuter Aircontact 45+10, Deuter Aircontact 50+10SL, Deuter Aircontact 55+10, Deuter Aircontact 60+10SL, Deuter Aircontact 65+10, Deuter Aircontact 70+10SL, Deuter Aircontact 75+10

7071_Aircontact_16

Aircontact Pro
Upgrade sikit daripada backsystem Aircontact. Mengekalkan hampir kesemua ciri utama Aircontact dan ditambah dengan sistem Vari Fit untuk menggantikan sistem Vari Quick.

Sistem Vari Quick menggunakan velcro strap dengan ketinggian yang telah ditetapkan untuk melaraskan torso length. Sistem Vari Fit pula menggunakan buckle dan strap menjadikan pelarasan torso length adalah lebih tepat dan halus.

Model backpack: Deuter Aircontact Pro 55+15SL, Deuter Aircontact Pro 60+15, Deuter Airocontact Pro 65+15SL, Deuter Aircontact Pro 70+15

7073_Aircontact_Pro_14

Aircontact Lite
Design lightweight dari Deuter. Mempunyai kesemua ciri utama Aircontact namun tiada sistem VariFlex.

Model backpack: Deuter ACT Lite 35+10SL, Deuter ACT Lite 40+10, Deuter ACT Lite 45+10SL, Deuter ACT Lite 50+10

act_lite_35_sl_6

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s