4 CIRI BACKSYSTEM YANG ANDA PERLU TAHU

Setiap jenama backpack, ada backsystem sendiri. Lowe Alpine ada sistem Axiom. Osprey ada Anti-Gravity dan Airscape. Deuter ada Aircomfort, Aircontact, Airstripes dan beberapa sistem yang lain. Orga Mountainworks ada Pemuras, Tarkul dan Istinggar.

Setiap backsystem ada kelebihan masing-masing dan dibuat untuk penggunaan yang berlainan. Jadi penting untuk anda faham kelebihan dan kesesuaian penggunaan backsystem sebelum anda membeli sebuah beg.

Kami terangkan apakah perkara yang perlu anda perhatikan semasa melihat sebuah backsystem.

ERGONOMIC
Sebuah backsystem yang sedap adalah backsystem yang mengikut bentuk badan pengguna. Benda yang paling basic adalah torso length. Torso length sebuah beg mestilah sesuai dengan torso length pengguna. Banyak jenama yang mempunyai adjustable backsystem supaya mudah untuk diselaraskan mengikut torsi length masing-masing. Sekiranya anda membeli beg jenis fix torso length, make sure anda ukur dahulu torso length beg dan torso length anda.

Selain torso length, terdapat juga jenama backpack yang membuat backsystem khas untuk beberapa kategori pengguna. Deuter dengan sistem SL (slimfit) misalnya mempunyai hipbelt yang berbentuk conical supaya sesuai dengan pinggul perempuan yang biasanya lebih besar berbanding lelaki.

VENTILATION
Pengudaraan backsystem adalah penting terutama sekali untuk beg yang dipikul dalam jangka masa yang lama. Pengudaraan yang bagus akan membuatkan belakang badan kurang panas dan kurang berpeluh seterusnya menjadikan anda lambat penat.

Backsystem yang mempunyai ventilasi yang bagus biasanya mempunyai jaring (mesh). Backpanel biasanya agak jauh dan tidak menyentuh belakang badan supaya air pocket dapat diwujudkan. Kehadiran air pocket menyebabkan belakang badan menjadi sejuk dan mengurangkan perpeluhan.

Namun posisi backpack yang agak jauh dari belakang badan menyebabkan load distribution menjadi kurang efektif. Maka backpack yang mempunyai ventilation yang bagus amat sesuai untuk digunakan untuk trail yang tidak terlalu mencabar ataupun semasa backpacking di banda-bandar.

osprey-atmos-3

Osprey Atmos AG dengan mesh yang menggiurkan

LOAD DISTRIBUTION
Penting untuk sesebuah backpack mengagihkan beban secara sekata supaya beban backpack tidak bertumpu pada satu bahagian tubuh sahaja. Sebuah backpack yang mempunyai sistem agihan beban yang bagus juga menjadikan anda lebih stabil dan tidak terhuyung-hayang ketika memikul backpack.

Terdapat dua ciri utama untuk sebuah backpack dengan effective load distribution. Pertama, backpack berada hampir dengan belakang badan menjadikan backpack berada hampir dengan centre of gravity badan.

Kedua, backpack berada dalam posisi yang sama walaupun badan bergerak-gerak. Konsep ini sama seperti stabilizer ataupun gimbal untuk kamera. Beberapa jenama backpack seperti Macpac dan Orga Mountainwork telah menggunakan dynamic pivot untuk mendapatkan kestabilan yang optimum.

Backpack yang mempunyai load distribution yang efektif bagus untuk kegunaan semasa trekking di trek yang mencabar dimana anda perlu memanjat, menunduk, meniarap dan sebagainya.

futuraPro

Sistem Vari Flex oleh Deuter

COMFORT
Last but not least, sebuah backsystem yang bagus mestilah memberikan keselesaan kepada pengguna. Material yang lembut dan span yang tebal menjadikan backpack lebih selesa dipikul.

Perhatikan juga bahagian-bahagian seperti buckle atau frame yang tersembu keluar. Bahagian-bahagian ini akan ditekan diantara backpack dan belakang badan menjadikan belakang badan sakit selepas beberapa lama backpack dipikul.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s