JANGAN LALU TEMPAT YANG DIPACAK KAYU DALAM HUTAN

Walaupun kotor, tapi buang air besar dalam hutan ni ada adabnya. Jangan main buang sebarangan. Takut datang geruh pada diri sendiri dan orang lain.

Ada orang suka buang air (besar dan kecil) dalam sungai. Walaupun sungai tu mengalir, tapi benda ni tidak patut dibuat. Pertama, kesian pada orang yang gunakan air sungai yang tercemar dengan najis korang tu sebagai sumber air. Kedua, bakteria penyebab penyakit demam kepialu dan cholera boleh dibawa oleh air sungai. Kalau korang adalah pembawa bakteria ni, najis korang boleh menjangkiti orang lain yang menggunakan air sungai tu. Sebaiknya, pastikan ada jarak lebih kurang 30 kaki dari sungai.

Atas trek pun jangan suka-suka hati buang air. Pergi jauh sikit dari trek. Naya kat orang. Tengah syok-syok layan view, terpijak jerangkap samar pulak. Boleh bawak bergaduh.

Buat lubang dulu sebelum buang najis. Jangan selamba buang atas tanah. Korek lubang dalam 8 inci. Jangan korek sampai 7 kaki. Itu nak tanam orang. Bila dah selesai, kambus balik lubang tu. Last sekali, pacak satu kayu dekat tempat kambus tu. Ini sebagai tanda mengatakan anda dah membuang dekat situ dan sebagai amaran supaya orang lain tak pijak tempat tu. Jadi kalau korang nampak ada kawasan yang dipacak dengan kayu, jangan datang dekat apatah lagi korek dekat situ untuk membuang air. Besar kemungkinan korang akan jumpa harta karun.

Satu lagi pantang jangan buang air dalam lubang yang sedia ada. Kita tak tahu tu lubang apa. Takut-takut lubang tempat tinggal haiwan. Bahaya kalau kita tengah buang air, tiba-tiba ada haiwan keluar dari lubang tu. Macam-macam hal boleh jadi.

Ini video tentang cholera yang disebarkan melalui air sungai. Selain cholera, demam kepialu pun boleh disebarkan melalui cara yang sama. Harap semua dapat sama-sama menjaga kebersihan kawasan hutan.

Advertisements