SESUNGGUHNYA ANCAMAN BINATANG LIAR ITU BENAR

Sesunguhnya, ancaman binatang liar itu benar. Serangan binatang liar itu juga benar. Dan kecederaan akibat serangan binatang liar itu juga benar.

Hutan memang habitat dan tempat tinggal binatang-binatang liar macam beruk, ular, harimau dan sebagainya. Kalau kita kena serang dengan binatang hutan, kita tak boleh nak salahkan binatang ni sebab itu memang habitat mereka. Kita yang masuk dalam hutan ni yang patut buat preparation.

Kami senaraikan barangan yang boleh protect diri kita dari serangan binatang liar dalam hutan.

1. Parang / Pisau
Jangan ingat kalau pergi trip daypack kita tak perlu bawa parang atau pisau. Serangan binatang boleh berlaku bila-bila masa tak kira trip daypack atau trip bermalam. Pastikan parang atau pisau diletakkan di tempat yang senang nak capai. Gantung di tepi pinggang contohnya supaya mudah nak dikeluarkan bila terjumpa ancaman. But bear in mind, apabila betul-betul terdesak sahaja baru kita boleh mencederakan haiwan.

2. Mercun Bola
Bunyi letupan mercun bola yang kuat boleh menakutkan binatang. Boleh digunakan bila kita rasa ada ancaman tapi kita tak nampak binatang tersebut.

3. Wisel
Sama konsep dengan mercun bola, wisel yang berbunyi kuat boleh menakutkan binatang buas. Wisel lebih senang digunakan berbanding parang/pisau dan mercun. Yelah, bukan semua orang tahu menghunus parang dan berani membakar mercun. Wisel ni semua orang boleh tiup.

4. Payung
Ikan buntal mengembangkan dirinya agar dia menjadi lebih besar daripada pemangsanya. Cara ini digunakan untuk menakut-nakutkan pemangsa. Apabila kita diancam binatang secara berhadapan, buka payung menghala ke arah binatang. Ini akan menyebabkan kita seolah-olah menjadi lebih besar dan dapat menakutkan binatang liar.

5. Pengetahuan
Senjata yang paling ampuh adalah pengetahuan. Dengan mengetahui habitat dan tabiat binatang liar, kita dapat menghindarkan diri dari ancaman mereka. Pengetahuan ni memerlukan pengalaman. Jadi rajin-rajinlah membaca, memerhati dan bertanya kepada yang pakar. Jangan masuk hutan sekadar masuk hutan semata-mata.

Advertisements