5 KESILAPAN SEMASA BERKHEMAH

1. MENYALAKAN API DALAM KHEMAH
Pada tahun 1999, dua pelajar meninggal dalam khemah di puncak korbu.

Punca kematian akibat keracunan gas karbon monoksida semasa tidur.

Pembakaran (boleh jadi dari api lantern dan stove) menghasilkan gas karbon monoksida yang beracun. Bila gas ni tak dapat keluar dan berkumpul dalam khemah, orang yang menyedut gas ni akan mengalami keracunan.

Memasak juga tidak digalakkan di dalam khemah.

2. TAK TUTUP PINTU
Bila tak tutup pintu ni takut ada binatang yang masuk.

Kalau binatang besar bolehla kita halau sebab kita nampak dia dalam khemah.

Kalau binatang kecil macam lipan dan kala jengking? Tengah sedap-sedap tidur dia ketit. Bahaya!

3. PASANG KHEMAH DI LALUAN AIR
Pastikan bila nak pasang khemah tu tengok laluan air.

Laluan air ni biasanya kering. Tapi bila hujan, tempat tu akan dilalui air.

Pengalaman pindah khemah waktu malam masa hujan bukanlah pengalaman yang best.

4. SUSUN KHEMAH BERHADAPAN
Kalau khemah tu jauh takde masalah.

Jadi masalah kalau khemah tu rapat sangat. Bukak pintu khemah, nampak pintu khemah depan.

Bahayanya bila berlaku emergency. Bila emergency, semua orang keluar dari khemah dengan tergesa-gesa. Kalau khemah rapat sangat, ada kemungkinan bertembung dengan orang khemah depan masa berlari keluar.

5. TAK ALAS KHEMAH DENGAN GROUNDSHEET
Groundsheet dapat protect khemah batu atau tunggul yang tajam.

Sayang woo kalau khemah mahal-mahal lepas tu koyak.

Advertisements