5 TIPS MEMILIH CAMPING STOVE

Ada banyak jenis stove. Setiap stove ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ini perkara yang anda perlu perhatikan sebelum membeli stove.

1. Jenis fuel
Ada dua jenis fuel yang biasa digunakan – isobutane/propane dan liquid fuel (gasolin)

Ada stove yang hanya boleh menggunakan isobutane, ada stove yang hanya boleh menggunakan liquid fuel dan ada yang boleh menggunakan kedua-dua jenis fuel.

2. Berat dan packing size
Yang ini bergantung kepada preference masing-masing. Untuk penggemar lightweight, lebih ringan lebih bagus.

Packing size yang tidak terlalu bulky juga penting supaya senang nak masuk dalam beg.

3. Stability
Lebih stabil stove, lebih senang nak masak. Stove yang berkaki biasanya lebih stabil berbanding stove yang tidak berkaki.

Stove tidak berkaki macam stove campingaz yang letak canister di bahagian bawah susah nak guna. Senget sikitpun dah boleh jatuh.

4. Maintenance
Stove perlu dibuat penyelenggaraan. Buang pasir, minyak dan apa-apa bahan yang boleh merosakkan stove.

Lagi kurang parts, lagi senang nak selenggara stove.

5. Extra features
Kebanyakan stove datang dengan pelbagai features. Features yang paling bermanfaat adalah piezoelectric switch. Piezoelectric switch akan menghasilkan spark untuk memudahkan proses penyalaan. Macam lighter jenis picit tu.

Satu lagi features yang agak penting adalah fuel adaptor. Dengan fuel adaptor, kita boleh tukar-tukar jenis fuel (isobutane atau liquid fuel) mengikut kesesuaian.

Windscreen pulak penting kalau kita nak guna stove di tempat yang berangin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s