KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENDAKI

Artikel ini adalah tulisan Hafidz Chip Afiz.

Guide Bertauliah & Permit.

Sekarang ni terlalu banyak iklan-iklan trip di up kat fb. Boleh kata semua iklan trip mention bayaran termasuk guide & permit tapi adakah benar trip tersebut mempunyai guide yg memang betul seorang guide & permit yang sah? Atau acah-acah ada permit je padahal takde?

Sebagai responsible hiker anda kena tahu hak anda bila join sesuatu trip. Antara hak anda ialah mengenali siapa guide tersebut & minta tengok permit pendakian. Kedua-dua perkara ni tersangatlah penting tapi kerap tak diendahkan oleh peserta trip kerana percaya 100% trip tersebut ada guide bertauliah & permit.

Kenapa perkara ni penting? Kita cerita pasal guide dulu. Dalam sesuatu trip apabila berlaku musibah(minta dijauhkan) orang pertama akan dicari peserta ialah guide atau gogo. Bila gogo tak tahu nak buat apa harapan peserta terus terletak kepada guide. Guide yang bertauliah telah menjalani kursus & ilmu hutan serta ilmu medic asas jika berlaku kecederaan atau musibah. Andai kata musibah ini berlaku seorang guide bertauliah pasti mampu menangani hal tersebut sebaik mungkin. Berbeza dgn seseorang yg ‘self claim’ kata diri tu guide padahal baru sekali je masuk trail tu kendian berani up trip berbayar. Andai kata berlaku musibah, adakah pasti ia dapat ditangani sebaik mungkin? Jadi, sebelum join mana-mana trip anda berhak tahu & kenali siapa guide untuk trip tersebut.

Permit. Kenapa ia penting? Permit ialah surat menunjukkan anda ada kebenaran utk masuk ke kawasan hutan simpan. Tanpa permit terang-terang anda telah menceroboh. Jika anda seorang penjawat awam, anda boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar undang-undang. Sebagai peserta, anda ada hak untuk lihat permit tersebut dari gogo. Kalau gogo memberikan pelbagai alasan, anda boleh check terus dgn pejabat hutan adakah trip ni ada permit atau trip sondol. Tanpa permit juga, jika berlaku musibah tunggu je la tindakan undang-undang dikenakan kendian tadah je la telinga kena sekolah. Kalau nasib tak baik main sondol gunung belah Perak, terjumpa dengan Ayieen Carlos lagi masak korang.

Kedua-dua benda ni selalu dipandang ringan oleh pendaki sekarang walhal dua-dua ni penting utk sesuatu trip. Maaf jika ada pihak yang merasakan post ni mengganggu bisnes kalian tapi ini hak sebagai pendaki, perlu diberitahu agar tiada pihak yg lepas tangan kalau trip dibawah kelolaan mereka berlaku sesuatu musibah atau terkantoi dgn renjer.

Tapi kalau dah tahu guide trip tersebut memang guide ‘self claim’ & tetap nak join sebab percaya kemampuan individu tersebut itu atas keputusan sendiri. Tak berdosa pun kalau tetap nak ikut trip tu asalkan ada permit. Cerita kat sini cuma utk beritahu hak anda sebagai pendaki yg sering tak diendahkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s