5 Masalah Yang Dihadapi GOGO Trip

Ingat senang ke jadi GOGO (organizer trip). Pening kepala beb. Ini kami senaraikan masalah-masalah yang GOGO hadapai.

1. Penyertaan Tak Cukup
Salah satu benefit pergi trip dengan grup yang agak besar adalah kita dapat menjimatkan kos. Jadi bila penyertaan tak sampai tahap minimum, kos akan jadi terlalu besar. Bila dah terlalu besar, trip mungkin akan dibatalkan.

2. Cancel Last Minute
Peserta tak cukup boleh tahan lagi. Sebab gogo boleh cancel trip siap-siap. Yang lebih sakit hati adalah bila peserta kensel last minute. Gogo dah set ration, dah bayar permit, dah tempah 4wd bagai, tiba-tiba malam sebelum bertolak peserta kensel. Dahlah kensel last minute, duit deposit pun mintak refund.

3. Peserta Diva
Pikul ration taknak, tolong masak taknak, tolong pasang fly taknak. Nak senang je. Alasan dia dah bayar duit, jadi organizer kena siapkan semua.

4. Banyak Komplen
Semua benda kena komplen. Nasi hangit, menu tak sedap, peserta tak cun/sado, puncak tinggi sangat, hutan banyak pokok, malam gelap sangat. Benda-benda kecil pun nak komplen. Komplen (kritikan) yang membina bagus untuk gogo improve service. Tapi kalau semua benda nak komplen, sakit jiwa woo.

5. Ration
Benda ni nampak je macam simple, tapi boleh jadi dilema besar pada gogo. Kalau bawak banyak sangat, berat beg. Kalau bawak sikit, takut tak cukup. Masa agihkan ration hati berdebar-debar mintak takde apa-apa bahan tertinggal. Bayangkan beras tak cukup dekat starting point. Haru beb!

Kudos kepada semua gogo yang berusaha keras untuk menjayakan trip. Tanpa anda, mungkin kami tak boleh naik gunung. Kepada peserta, ringan-ringankan beban gogo. Sebab bukan semua gogo organize trip untuk dapat untung.

Advertisements