MEMAHAMI SESAT DI HUTAN

Pada tahun 2009, komuniti gunung digemparkan dengan kehilangan seorang rakan semasa menuruni Gunung Yong Yap. Komuniti gunung pada masa itu berkumpul di Balai Polis Lojing dan menjalankan operasi Search & Rescue. Salehul Hilmi mengikuti operasi SAR tersebut sehingga ke hari terakhir selama 40 hari. Ini nota beliau mengenai sesat di hutan.

Sesat;

1) Memahami sesat
2) Bersedia untuk sesat
3) Apa nak dibuat bila sesat.

Memahami sesat
Ambe bukan nak bahas kamus dewan, tapi nak bagi kita faham apebenda sesat.

Dalam dunia (pendakian) kita ada 2 tafsiran utama;
a) Hilang arah
Yang ni yang bahaya. Biasa terjadi kepada kawan-kawan. Biasanya keseorangan tak tahu nak gi mane doh.
b) Tersasar dari tujuan asal.
Hok ni biasa berlaku kepada geng rintis. Tersasar tak jupe puncok contohnya. Tapi nak backtrack bereh je. Tersasar, tapi tidak hilang arah.

Bersedia utk sesat
Umumnya, seorang outdoorist perlu ada ilmu outdoor sebelum masuk hutan.

Antara ilmu outdoor yang penting dalam hutan kita;

a) Navigasi
– Navigasi ni luas. Bukan hanya maksud kenal timur barat. Bukan hanya maksud kenal buruj macam orion, polaris. Bukan hanya maksud reti map reading. Kenal laluan manusia pon sebahagian dari navigasi.

Asasnya, navigasi ni memahami dan melakukan pergerakan dari titik mula ke titik akhir.

b) Kemahiran kraf hutan
– Termasuk dlm kemahiran kraf hutan adalah skill seperti buat tempat perlindungan, hidupkan api, memasang jerat-jerat mudah untuk mendapatkan protein.
– Perlu tahu ikatan-ikatan simple, bukan untuk buat jambatan dalam hutan, tapi memudahkan proses-proses buat kraf hutan ni. Pasang palang kayu contohnya.

c) Kemahiran di air.
– Antaranya berenang, cukup untuk selamatkan diri.
– Kemahiran ngail atau tangkap hidupan air.

d) Penyediaan peralatan-peralatan emergency
– Contoh ration emergency, personal survival kit, radio amatur, first aid, suar, wisel dan lain-lain.

e) Latihan kecergasan. Ini penting jugop. Body yang sihat menjamin minda yang cerdas. Otak yang tenang paling penting ketika sesat hilang arah nim.

f) Cara pergerakan ketika bereskpedisi.
– Yang ni banyak jugak nak kupas, tapi senang cerita, berjalanlah bertiga sekurang-kurangnya.

Ape nak buat bila sesat/hilang arah?

a) Bagi ahli xpdc tersebut.
–┬áJangan semua orang keluar untuk cari bantuan.
– Bahagikan at least 2 grup utama. Pertamanya grup cari bantuan. Keduanya grup cari mangsa.
– Yang cari bantuan mesti keluar sepantas mungkin.
– Yang tinggal dalam hutan, sebaiknya buat basecamp di tempat/kemsait last ternampak kelibat mangsa. Dari sini, pecahkan lagi beberapa grup untuk memudahkan dan memperbanyok lokasi pencarian.

b) Bagi mangsa
– Jika terasa macam sesat, jangan teruskan perjalanan.
– Sebolehnya backtrack, tetapi ni perlukan sedikit kemahiran navigasi dan menjejak balik langkah kita.
– Jika gagal backtrack, dinasihatkan duduk diam kat tempat tu, dan tunggu bantuan. Kalo di titiwangsa, biasanya dlm 2 hari bantuan akan sampai.
– Masa menunggu ni, cuba buat isyarat. Buat asap antara benda yg baik.
– Kalo ada parang di tangan anda, jangan tebas bukak trek baru konon nak terus ke depan, karang lagi dalam masuk utan tebal, lagi susah rescue team nk cari.
– Guna parang tu untuk buat perlindungan di tempat menunggu.
– Belajar dari kisah umai gunung tahan, kalo dia backtrack mungkin setengah jam dah masuk balik trek bukit botak tu. Tapi dia pilih cari sungai, berbelas hari baru jumpe kem putih kuala tahan.

Advertisements