5 SUMBER BACAAN ONLINE KAKI HIKING & CAMPING

1. Rei.com
Ada tempat istimewa di hati kami untuk sites yang bukan sahaja menjual, malah memberi input dan info kepada komuniti. Jadi Rei.com menjadi top in our list. Banyak tips-tips yang bagus boleh dibaca di Rei.com. Best part is, kalau dah penat baca, boleh (window) shopping outdoor gear dalam site yang sama.

2. Outsideonline.com
Dengan sejarah sejak tahun 1977, majalah Outside boleh dikatakan sebagai majalah utama komuniti outdoor di Amerika. Banyak artikel menarik dan inspiring mengenai outdoor ada dalam Outside. Dulu hanya dijual secara majalah fizikal dan kini kita boleh baca secara online di Outsideonline.com secara percuma.

3. Gearjunkie.com
Kalau anda suka gadjet dan suka aktiviti outdoor, Gearjunkie.com is the place to go. Gearjunkie adalah satu site yang banyak membuat review tentang outdoor gear.

4. Backpacker.com
Bukan backpacker yang pergi melancong bawak backpack tu. Backpacker disini bermaksud aktiviti trekking. Kami suka Backpacker.com sebab site ni specific untuk aktiviti trekking.

5. Outdoorgearlab.com
Satu-satunya site yang mendedikasikan dirinya untuk buat review hiking & camping gear. Anda akan jumpa bermacam-macam reviews dari gaiter sampailah ke backpack. The best part tentang Outdoorgearlab, dia buat review side by side dan kemudian memberi ranking.Contoh: Outdoorgearlab test 10 backpack dan bagi rating kepada setiap backpack. Jadi mudah untuk pembaca membuat perbandingan. Paling penting, review yang dibuat outdoorgearlab adalah bersifat saintifik.

Semua sites ni berpangkalan di luar negara seperti Amerika. Jadi semua artikel mereka berorientasikan keadaan dan komuniti outdoor di negara mereka. Harapan kami agar satu hari nanti akan ada satu site seperti diatas untuk komuniti hiking & camping di Malaysia yang kita boleh jadikan sebagai sumber rujukan. Dalam Bahasa Malaysialah. Senang sikit nak faham.

Advertisements