5 WEBSITE BEST UNTUK (WINDOW) SHOPPING BARANG CAMPING & HIKING

Kalau korang nak beli barang yang tak dijual di Malaysia, atau nak keep up to date dengan camping gear yang latest di pasaran, ini website yang korang kena usya.

1. REI.com
Selain dari item yang punyalah banyak, the best thing about REI.com adalah dia ada banyak artikel dan tips mengenai hiking. Tidak semata-mata menjual, REI.com educate customer tentang cara pemilihan dan penggunaan barangan hiking dan camping. Kelas pun REI.com ada buat.

2. Amazon.com
Amazon.com adalah pioneer kepada shopping site macam Lazada. Berpangkalan di US, Amazon.com ada macam-macam barangan camping dan hiking. Harga biasanya agak murah berbanding site lain.

3. Ebay.com
Ini adalah syurga barangan second hand macam backpack. Kalau anda suka konsep lelong, Ebay.com is the place to go. Kalau nak cari backpack yang rare dan oldschool, pergilah cari di ebay.

4. Fieldandtrek.com
Site ni berpangkalan di UK. Banyak menawarkan barang camping dan hiking dari sebelah UK macam Karrimor, Outwell, Gelert dan Life Venture. Kalau anda suka Sportsdirect, anda juga akan suka Fieldandtrek.com sebab bapak Fieldandtrek.com adalah Sportsdirect.com. The best thing tentang Fieldandtrek.com adalah dia ada international shipping. Anda boleh suruh dia hantar direct ke rumah anda di Malaysia.

5. Sierratradingpost.com
Ini adalah discount site. Kedai yang menjual barangan yang overstock atau ouot of season. Harga? Confirm murah. Pakai barang lama sikit pun apa adahal?

Selamat menjamu mata. Next time kita akan cerita pulak macam mana nak beli barang camping dan hiking dari overseas.

Advertisements