CARA MUDAH BUAT SARUNG PARANG

Artikel ini ditulis oleh seorang pekerja Krusty Krab, John Cavalera dari SRC

Parang ni kalau ikutkan, sebenarnya dah jadi item wajib kalau nak masuk hutan. Sebabnya kita tak tahu apa yang bakal berlaku dalam hutan tu. Diserang binatang buas ke, sesat ke, apa ke. Memang kita mintak dijauhukan, tapi bila kita masuk hutan, kita kena ada mentaliti prepare for the worst.

Kadang-kadang beli parang ada sekali sarung, kadang-kadang beli parang bogel. Aiseh, bogel. Bila parang bogel, agak merbahaya sebab boleh mendatang kecederaan serius dan kalau parang dibiarkan bogel, cepat berkarat.

Banyak jenis sarung parang, dari kayu kemuning hitam putih , oren, coklat. Banyak jenis ukiran pada sarung nak menunjukkan kehalusan seni budaya orang melayu. Tapi biasanya sarung kayu ni mahal. Paling murah aku pernah tempah RM70. Biasanya ambil masa seminggu dua nak siap.

Option paling murah dan cepat, pakai paip PVC- 2 kaki 32mm lebih kurg rm5 je. Dalam 2 jam dah boleh siap.

PolyVinyl Chloride – pvc paip dapur (aku guna yg ukuran 32mm) bergantung pada lebar parang.

Cara-cara buat sarung parang PVC

Peralatan:

11. Paip PVC 32mm X 2ft (walaupun parang aku panjang 1 ft tp aku beli 2 ft sebab paip PVC mudah rosak bahagian hujung kalau api terlampau panas atau tekanan terlalu kuat)
2. Stove dapur untuk panaskan PVC (dapur apa pun boleh, jangan bukak api besar sangat, usah kate pvc, rumah pun boleh terbakar)
3. Mug air minum (suka hati la nak pakai mug jenis ape pun sebab tujuan dia sekadar nak tekan PVC tu waktu panas, kalau boleh mug permukaan licin)
4. Sarung tangan (sebelah je pun cukup untuk pegang PVC waktu nak panaskan dan finishing selepas tekan dengan mug)
5. Gergaji besi kecil (kat MR.Diy aku beli rm2.50 – untuk finishing potong pvc ikut panjang parang)
ps: minyak tu rare sebab waktu aku beli harga dia rm13.35. Tak dapat dah sekarang.

Cara-cara
1. pastikan buat di tempat terbuka – pengudaraan yang baik (kalau kat dapur, bukak pintu luas-luas sebab pvc bila dipanaskan akan mengeluarkan gas – aku syak gas klorin sebab PVC ada unsur klorin dan pastikan juga ada tempat yg rata untuk tekan PVC (lantai dapur pun boleh).
2. panaskan paip PVC dengan cara layurkan (bahasa kat kampung aku panggil layurkan tp kalau bahasa key ell pakai lalukan) atas api. Tujuan dia nak bagi lembut PVC tu. Bukan nak buat goreng. Sewaktu layurkn atas api tu, pusing paip PVC supaya semua tempat kena haba. Buat secara berperingkat maksudnya buat sikit-sikit. Daripada paip tu panjang 2ft, layurkan 1/5 bhgn dulu.

2Panaskan bhgn yang ditanda je dulu. Jangan gelojoh. Jangan letak terus atas api, jarakkan sikit just untuk haba je.

3. Letak atas permukaan rata dan tekan guna mug. Tujuan guna mug sebab dia ada pemegang, jadi kurang risiko pvc panas tu nak kena tangan. Jangan tekan kuat, cukup sekadar untuk dapat bentuk je dulu.

3Tekan pelan-pelan sebab kalau tekan kuat, pvc boleh rosak.

Bila dah ada bentuk, baru tekan dan lurut-lurut guna tangan. Sebab tu kena pakai gloves, pvc tu panas. Ulang prosedur 2 dan 3 sampai la keseluruhan pvc tu jadi leper. Mesti leper sebab nak masukkan parang.

4

4. Buat sampai keseluruhan leper.

5

5. Cuba masukkan parang dalam sarung PVC tu. Kalau boleh masuk, dan ketat sikit, ngam. Kalau longgar, kena panaskan balik dan tekan sikit-sikit. Tujuan bagi ketat sikit supaya parang tak mudah lucut. Lepas tu boleh la ukur panjang parang. Ni kira dah nak finishing dah.

6

6. Boleh sukat panjang parang. Aku tak pakai tape ukur ke ape. Letak je parang tu atas pvc pastu terus potong. Malas aku nk ukur-ukur tape ni (penulis memang pemalas. penat admin betulkan ejaan wicet dia ni). Waktu potong tu, lapik la dengan kertas supaya habuk pvc tu tak mengotorkan dapur. Kalau kotor, kena sound dengan bini dan silap-silap ada kisah parang terbang dalam rumah.

7

7. Lepas dah siap potong ape semua, test la dulu. Nampak kacak atau tak.

8. korang potong la ikut suka macam mana bentuk nak buat pun.

8

Dan inilah rupa sarung parang aku. Kalau siapa-siapa yang nak ikat tali atau nak spray kaler lain, ikut suka hati korang la. Aku memang saja biar kaler pvc mcm ni untuk memelihara originaliti dia.

Ini rupa dia bile dah siap.

9

Advertisements