HYPERVENTILATION DI ATAS GUNUNG

Artikel ini ditulis oleh nadiriyoq. 

PENTING UNTUK KAU TA’ARUF (SUAI KENAL) DENGAN AHLI XPDC KAU.

Kenapa ?

Ada bermacam sebab. Tapi ini adalah salah satu sebab yang paling utama- ambil tahu kesihatan fizikal dan mental ahli xpdc, untuk menangani masalah yang mungkin berlaku semasa xpdc.

Dalam trip yang lepas, ade seorang ahli yang  mengalami masalah kesihatan (tapi masih dibenarkan beroutdoor malah digalakkan bersukan oleh doktor). Jijah (bukan nama sebenar) merupakan seorang pesakit saraf dan juga sering mengalami hyperventilation semasa xpdc. Hyperventilation ialah kondisi pernafasan yang laju dan boleh menyerang pesakit tidak kira waktu samada sedang aktif bersukan ataupun ketika tidur. But normally it happens when you are having a stress or hectic day.

Dalam kes Jijah, hyperventilation terjadi bila beliau menyedut terlebih oksigen daripada kuantiti sepatutnya (kemudiannya kandungan carbon dioxide dalam darah menjadi kurang)- menyebabkan sistem pernafasan menjadi tidak normal (respiratory system tend to suffocate)

Semasa training, Jijah tidak berterus terang akan penyakit yang dialami. Untuk dijadikan cerita, masa training load (bagi persiapan mental dan fizikal sblm trip), Jijah collapse dan mengalami kejang otot. Dia bernafas laju daripada biasa. Selepas kejadian itu, kami ‘bertaaruf’ habis-habisan dengan Jijah- sebagai satu langkah untuk menjadi ahli xpdc yang bertangungjawab atas satu sama lain.

Bagaimana Jijah menagani masalah sakit saraf yang beliau alami ?

  1. Buat rawatan dengan doktor. Ambil ubat dan terapi (tapi Jijah tak buat terapi dengan doktor sebab beliau gunakan ‘rawatan’ nombor 2 dan 3 di bawah)
  2. Amalkan gaya hidup sihat dengan makanan yang seimbang dan aktiviti riadah.
  3. Elakkan diri daripada mengalami tekanan.

 

Dalam kes hyperventilation pula, worst case scenario adalah Jijah akan mengalami kejang satu badan ataupun pengsan ataupun kedua-dua sekali. Di bawah adalah cara-cara untuk menangani masalah Jijah.

  1. Sesak nafas (kerana terlebih oksigen)- sediakan paper bag. Kalau pesakit lelah, mereka gunakan inhaler kerana kekurangan oksigen. Dalam kes Jijah pula, dia akan bernafas guna paper bag (kalau dlm movie, orang panic ni selalu diberi paper bag untuk bernafas menenangkan diri) untuk regulate semula pernafasan beliau yang tidak stabil disebabkan excess of oxygen and carbon dioxide deficiency.
  2. Cramp satu badan- perlukan dua orang untuk tolong Jijah. Seorang di bahagian kaki untuk tarik kaki Jijah yang bengkok macam orang tgh melutut. Seorang lagi perlu tarik bahagian upper body yang membongkok sebongkoknye. Fasa awal kekejangan akan bermula dari kaki. Jika jari kaki mula berkumal (crumple) gunakan buku jari tengah (knuckle of middle finger) untuk urut bahagian tengah tapak kaki secara menegak dari bahagian bawah jari hingga tumit. This could lessen or to relaxing the nerves on the feet. JIka lambat melakukan rawatan, kekejangan akan mula naik ke bahagian kaki dan pinggang.
  3. Pengsan atau tidak sedarkan diri- Cuba bangunkan pesakit dengan memanggil nama dan lihat jika dia bertindak balas. Pastikan kaki tidak sejuk atau mempunyai apa-apa kejang. Jika ya, selesaikan masalah cramp. JIka tiada cramp dan masih tidak sedarkan diri lagi, mula mengepam dada (chest compression). Jangan sekali-kali letakkan minyak panas di dahi atau berhampiran hidung. Ini boleh mengurangkan peluang pesakit untuk mula bernafas dengan betul.

 

Masa trip, ­scene nombor 1 dan 3 terjadi. Bila Jijah terasa pernafasan dia mula tidak stabil (biasa terjadi masa memacak gilo vavi naik bukit), dia akan pusing belakang menghadap aku dan cakap “Kiah (bukan nama sebenar), nak paper bag”. Jadi aku buka poach bag dan ambil paper bag untuk diberikan pada Jijah untuk regulate semula pernafasan. Jijah juga perlu bertenang. Maka aku dan geng sweeper akan berhenti take five sehingga Jijah stabil (normally it took about 5 to 15 minutes)

Scene nombor 3 berlaku ketika hari terakhir semasa perjalanan keluar dari hutan, kira-kira jam 11 pagi ketika semua ahli xpdc sedang take five. Pada awalnya, Jijah kelihatan seperti biasa dan normal dan boleh bergelak ketawa. Habis take five aku kejut Jijah yang baru terlena untuk beberapa ketika. Tapi Jijah tidak bangun dan ada yang mengambil gambar JIjah ‘tidur’ untuk dijadikan ‘bahan kenangan’ 7 keturunan selepas trip kerana sangkakan Jijah terlena (moga insan tersebut insaf. Kekeke).

Rasa tidak sedap hati makin memuncak bila Jijah masih tidak sedarkan. “Weh korang! Tolong! Jijah pengsan ni!” Cuak dan panik beb !

Langkah pertama, buka ruang dan jangan kerumun kawasan Jijah. Kemudian baringkan Jijah serata yang mungkin. Kerana terlalu panik, aku terus buat CPR (ketawa bila mengenangkan semula betapa paniknye aku time tu. Haha). Kemudian Ain (bukan nama sebenar) mengingatkan semula step awal yang perlu dilakukan- urut tapak kaki guna knuckle dan picit hujung jari kaki. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, Jijah sedar semula. “Bagi paper bag kt Jijah!” Padahal Paper bag dlm pouch bag aku (panic aku tak habis lagi time tu). Mula-mula tu ade orang yang pegangkan paper bag. Bila Jijah makin sedar, she took control. (sesungguhnya, step yang pertama adalah jangan panik. Bertenang!)

Lama kemudian aku tanya “Jijah rase tak ade orang pam dada?” “Ada rasa. Tapi sekejap je. Kenapa tak pam lame lagi ? Doktor cakap, kalau nak cepat sedar, pam dada,” Jijah bagi tips.

Alhamdulilllah, ini trip panjang Jijah yang pertama dan kami semua berjaya selesaikan xpdc 5h4m tanpa sebarang masalah kritikal. The xpdc went smoothly walaupun pernah satu ketika Jijah terkeluar air mata selepas kena attack dengan hyperventilation. Aku tanya dengan nada provokatif “Dah timbul rasa serik ke ?” Jijah beri jawapan dengan gelengan kepala!

And then I patted her back, hugged her like a sister could do and coaxed her with KitKat. (coklat mengandungi sejenis bahan yang boleh merangsang hormon gembira. For more info, boleh baca sini dan sini).

Sambil geng sweeper cuba menceriakan suasana dengan lagu-lagu jiwang rock kapak (acah-acah nak jadi Rahmat Mega, Zamani Slam, Awie Wings n etc. Caiytt!)

Sebab itu kita mesti kenal siapa ahli xpdc kita. Walaupun Jijah mempunyai masalah kesihatan, (dengan izin Tuhan) masalah yang dialami dapat ditangani dengan prevention method yang dikaji sebelum trip. Dengan syarat Jijah mesti berterus terang akan kondisi beliau di samping ahli xpdc memainkan peranan sebagai ahli yang bertangungjawab.

“A team has abandoned me when they knew my health condition. But this team support me like a family despite knowing my condition. Terima kasih semua” –Jijah, 2016.

Buah cempedak di lur pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan.
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Nadiriyoq
Yang masih belajar dan sukakan pantun. (bajet sari yanti)
(p/s- for more info on hyperventilation, read here)

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s