MACAM MANA GENERASI 90an HIKING

Artikel ni ditulis oleh Abg Mus.

Selalu dapat soalan dari adik-adik dan rakan pendaki baru macam mana suasana pendakian gunung zaman 90an dan awal 2000.

1. Dulu-dulu cari trip dalam iklan suratkhabar dan mlalui radio. (sekarang ni bukak je FB macam-macam trip boleh join)
2. Kami iklan kan trip guna paper dan tampal poster, pamphlet letak kat pondok tepon, letak kat masjid. (power betul guerilla marketing gogo tahun 90an)
3. Naik bagi abis gunung G7 ambik masa 4tahun (gaid takde, trip tak banyak, internet tak wujud)
4. Beg paling pemes adalah beg askar, beg pilihan para guide, KARRIMOR
5. Makanan? Sama mcm sekarang start dengan pikul sardin. Next bawak semua alat dapur. Last sekarang masak siap dan sejuk bekukan je.
6. Pakaian? Baju paling asas tshirt beli kat bundle. Sekarang ni dryfit, kemeja outdoor beli kat kedai outdoor.
7. Beli barang.  kalau beg karrimor jual kat MAKRO, kalau brand RHINO dan SHERPA beli kat PARKSON. (sekarang senang je nak cari barang outdoor. kedai outdoor banyak)
8. Kasut trekking, kasut getah. kasut Vans hehehe
9. Camna keep in touch??? Kami takde whatsapp, FB bagai. Kami lepak Kedai Zila, Lorong Katak, Kompleks Belia Kampung pandan, Belakang Risda dll
10. Transport utk pegi ekspidisi, bas tu paling win. Keretapi skali skala sampai pecah cermin keretapi pun ada
11. Alatan camping. Memang sebijik macam pergi suluh durian wooo, torch light besi.. lampu karbaid, lampu ayam, sulfur sekilo. (korang tahu tak lampu ayam ni macam mana rupa dia?)
12. Dapur? Solidfuel, kayu api, penunu bunsen 

Kesimpulannya dgn perkembangan teknologi, aktiviti pendakian jadi lebih mudah. Kenal yang dahulu supaya kita hargai yang sekarang.

#respectbarulama

Advertisements