KENALI TEKNIK-TEKNIK PRICING DALAM BUSINESS OUTDOOR

Jarang orang share ilmu bisnes outdoor. Kudos to Siti Hajar Taher yang tulis artikel ni.

Bangga rasanya apabila melihat outdoor industry semakin berkembang maju berbanding dulu. Ramai antara kita sudah pun mula berbusiness sendiri. Di sini saya sertakan teknik-teknik yang anda boleh jadikan panduan untuk business anda.

1. Single pricing technique
– Teknik yg paling senang. Barang semuanya flat rate. Kalau nak jual barang bundle, beg hiking, kasut semua harga yg sama RM70. Macam kedai RM2. Semua barang pada harga yang sama.

2. Flexible pricing
– Harga yg berbeza untuk customer yg berbeza
– Contoh: Harga trip untuk budak-budak lagi murah dari trip orang dewasa

3. Professional Service Pricing
– Kalau profession mcm guide, porter, tukang masak, mereka dah ada rate tersendiri kerana mereka menawarkan kepakaran (expertise) dan pengalaman. Jangan la pula asyik tawar menawar.

4. Price lining
– Barang pada category yang sama, tapi harga berbeza.
– Contoh: Anda jual beg hiking 50L, anda offer pada 3 harga berbeza; RM400, RM500, RM600. Mungkin dengan offer jenama dan kualiti yg berlainan supaya customer mampu beli.
– Dalam category tidur, customer ada pilihan nak beli hammock, tent atau fly& ground sheet
– Sama juga dgn pakej. Anda boleh offer pakej hiking pada harga berbeza dan gunung berbeza mengikut kemampuan pendaki.

5. Leader pricing
– Juga dikenali sebagai Loss Leader Pricing
– Dengan cara ni, anda boleh tarik crowd
– Contoh: Anda offer beg Quechua RM10 atau micro fibre towel harga RM10, orang serata Malaysia akan ke kedai anda untuk berebut beli barang tersebut. Dah tentulah bila customer datang, mereka tidak akan semata-mata membeli towel, mereka juga akan tertarik dengan offer lain. Akhirnya, mereka akan membeli lebih dari yang mereka plan nak beli. Maklumlah rabun mata. (TEKNIK PALING BERKESAN). Hihi 😁
– Strategy ni memang bagus, walaupun business may loose for the sale of two items, tapi dia banyak menjana keuntungan dari barang-barang lain.

6. Bait pricing
– Tektik yang sedikit kotor ni digunakan untuk menarik customer ke kedai anda melalui iklan yg salah dan misleading price advertising
– Contoh: Anda advertise sleeping bag pada harga RM5, bila customer datang, anda simply cakap barang dah habis
– Alang-alang customer dah ada di kedai, dia pon akan beli barang lain
– Ada je kedai yang buat mcm ni
– Pricing mcm ni pernah di-banned di US. Sekarang tak tahu la

7. Odd-even pricing- psychological pricing
– Contoh: Anda charge hammock anda RM199.90. Kebanyakan kita akan pikir harga dalam range RM100, bukannya dalam range RM200.
– Number yang odd macam ni membuatkan customer rasa mereka bayar pada harga yg lebih rendah.

8. Price bundling
– Anda menjual beberapa barang dalam satu pakej pada harga istimewa
– Contoh kasut hiking + stoking harga RM400. Jikalau dijual berasingan, harga akan sedikit mahal
– Pakej yg anda boleh buat; fly sheet + ground sheet atau hiking attire (baju, seluar, kasut) dalam 1 pakej

9. Two-part pricing
– Anda charge RM10 untuk membership, then customer boleh masuk dan main apa-apa activity dalam tempat anda dengan charge flat rate
– Contoh: Anda bukak extreme park. Customer bayar entry fee. Masuk dalam tu, nak main flying fox atau nak climb still kena bayar tapi dgn rate yg sama.

10. Consumer penalties
– Tactic yang anda charge pada customer bila mereka melanggar terms and conditions
– Contoh: Anda ada buat service boathouse. Customer dah book dan bayar, tapi nak postpone trip. Jadi anda charge penalty fee.

Info di atas adalah sedikit perkongsian dari saya. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, in syaa allah, saya boleh kongsikan. Semoga bermanfaat. Selamat maju jaya demi kelangsungan industry kita.

Ig: jaja_radak
radak_adventure
gopengguesthouse

Tambahan admin:
– Seller kena semak juga harga dengan peniaga lain. Jangan jual terlalu murah. Anda mungkin untung sekejap dan akhirnya rugi kerana tak dapat cover overhead kos. Penjualan terlalu murah juga akan menyebabkan peniaga-peniaga lain marah dan mendoakan bisnes anda cepat lingkup.

– Quality (barang dan servis) sentiasa datang dengan price. Kalau anda sebagai buyer membeli barang yang terlalu murah, anda mungkin terpaksa bayar dengan perasaan sakit hati bila barang tak sampai, seller kurang ajar, barang rosak dan sebagainya. 

 

Advertisements