BROCKEN SPECTRE DI BEREKEH

Gambar dan tulisan adalah daripada Uzaer Sohigh.

15134442_1458037970892644_625995591_n

Brocken Spectre di Berekeh. Ogos 2016.

 

Brocken Spectre (Brockengespenst) atau dikenali juga sebagai ‘mountainspectre

Sapa tau menatang apa ni ? Dan sapa ada pengalaman ternampak pelangi ini? Di musim hujung-hujung tahun ni, possibility untuk dapat pelangi ni lebih tinggi disebabkan musim hujan. Di mana kita lagi mudah utk dapatkan ‘sea of clouds’ atau orang kita panggil awan karpet di musim-musim macam ni. (awan karpet elemen penting utk dptkan Brocken Spectre)

Brocken Spectre ni fenomena optik yg sgt jarang berlaku. Mungkin selalu berlaku, cuma kita je takde rezeki nak tengok live depan mata. Hahah.

Syarat-syarat untuk dapatkan fenomena ini adalah pemerhati (observer), cahaya matahari, kabus dan bentuk muka bumi/kawasan yg lebih tinggi daripada awan (gunung la paling mudah, nama pun hikers).

Terbentuk pabila cahaya matahari (belakang) berkedudukan selari dengan pemerhati (tengah) dan juga kabus (depan).

brocken-spectre

Bagaimana Brocken Spectre terhasil. Matahari tidak kelihatan sebab matahari duduk belakang hiker.

Fenomena ni terjadi apabila cahaya matahari memasuki titisan-titisan air kecil lalu menyebabkan pantulan dan pembelauan. Pembelauan ialah gelombang cahaya bertembung dengan objek penghalang lalu mengakibatkan gelombang ini menyimpang daripada garisan lurus. Wow. Essay level A. Kamon la. Professor google kot.

Perbezaan jelas antara pelangi biasa dan Brocken Spectre adalah warna pelangi biasa yang terang dan jelas berbanding Brocken Spectre yang agak pudar dan kurang jelas, di mana pemerhati tegar view sekeliling saja yg selalunya akan dpt kesan dulu. Tips mudah, naik gunung layan la view, tak perlu la terkejar-kejar. Hahahaha
15152356_1458037984225976_841568288_o15133639_1458037950892646_980502839_o

Ok. Meh follow IG aku. Tu je nak bgtau sebenarnya. Hahahahaha

@uzaersohigh

#AG47X
#PERASAP



Tambahan admin:
Brocken Spectre diberi nama sempena sebuah gunung di German yang bernama Brocken. Satu lagi elemen Brocken Spectre adalah bayang-bayang observer yang sangat besar. Biasanya kepala bayang-bayang tersebut akan dilitupi halo-like rainbow. 

Advertisements