RESEPI CAMPING: PERAP AYAM BAKAR

Malam-malam lepak depan unggun api sambil makan ayam bakar. Fehhh. Memang heaven.

Ni resepi simple untuk perap ayam bakar.

Bahan Utama:
– Ayam (duhhh). 2 ekor.

Bahan Perap:
– 3 sudu besar sos BBQ
– 5 sudu besar madu (kalau takde madu, pakai gula perang pun boleh)
– 2 sudu besar gula
– Garam

Bahan Rencah:
– 3 biji bawang besar
– 8 ulas bawang putih
– Halia
– Kunyit hidup
– 5 batang serai
– Lada hitam (kalau nak pedas, letak banyak sikit)

Optional:
– 2 sudu serbuk jintan manis
– 2 sudu serbuk ketumbar
– 1 sudu serbuk jintan putih

Cara Penyediaan:
– Potong ayam. Kalau jenis tamak, potong besar-besar. Kalau tak, potong la kecik-kecik.
– Blend bahan rencah tadi. Kalau nak pakai bahan optional tu, blend sekali.
– Gaul ayam dengan bahan perap dan bahan rencah.
– Letak dalam zipper beg. Senang nak bawak pergi camping. Kalau ada icebox, letak dalam icebox sekali dengan ais.
– Bakar ayam atas dapur BBQ. Ingat, guna bara, bukan guna api. Kalau guna api nanti luar hangus, dalam tak masak.

PS: Kalau esok nak camping, petang ni dah boleh la start perap ayam.

Advertisements