INI YANG BERLAKU BILA TREKKING 8 JAM SEHARI SELAMA 29 HARI

Kyle Boelte hiking di Colorado Trail. Trail ni ambik masa selama 29 hari untuk dihabiskan dan Kyle jalan at least 8 jam sehari.

Curious untuk tahu apa yang akan berlaku pada badan selepas hiking selama 29 hari, beliau merekodkan data-data penting sebelum dan selepas hiking. Ini data yang beliau kongsi.

1. Body Composition
body-composition
Body Kyle Boelte ni dah sedap dah. Berat 68kg, BMI normal dan body fat pun normal.

Tapi lepas hiking selama 29 hari, body Kyle makin mantap. Berat turun 5kg, BMI jadi 20.7 dan paling power, body fat ada 5% sahaja. Power nak mampus!

Rajah ni bagi kita gambaran tentang body fat.

bf-male

(2 minggu lepas aku check body fat aku 25.7%. Cilakak!)

2. Resting Heart Rate
heart-rate
Resting heart rate adalah bilangan degupan jantung seminit semasa kita berehat. Lagi rendah lagi bagus kerana jantung bekerja dengan lebih efisien.

Manusia normal biasanya dalam 60 ke 100 bpm (beats per minute). Atlit biasanya dalam 40bpm.

Kyle Boelte improve resting heart rate dia dari 48bpm ke 40bpm selepas hiking.

Resting heart rate rendah membuatkan kita lambat penat bila bersukan.

3. Blood Sugar
sugar
Kyle Boelte ni sebelum hiking 29 hari memang boleh dikatakan mengamalkan gaya hidup aktif. Jogging 5 hari seminggu, layan MTB seminggu sekali dan kadang-kadang main gym.

Tapi surprisingly, bacaan hemoglobin A1C dia adalah lebih tinggi dari normal menjadikan dia ada risiko tinggi untuk dapat kencing manis. Macam ni punya aktif pun ada risiko kencing manis. Kita yang jogging sebulan sekali ni apetah lagi.

Lepas layan Colorado Trail, bacaan gula dalam darah Kyle menurun ke paras normal.

Selain menu masa hiking yang rendah karbohidrat, Kyle cakap bacaan gula dalam darah dia menurun sebab lepas makan dia kena berjalan. Dah namapun hiking, lepas breakfast, trekking. Lepas lunch, trekking lagi.

4. Testosterone & Cortisol
cortisol
Paras cortisol pulak menurun. Paras cortisol berkait rapat dengan stress. Orang stress biasanya mempunyai paras cortisol yang tinggi. Jadi hiking ni walaupun sakit jiwa nak sampai puncak, tapi sebenarnya mengurangkan stress.

Here is the best part. Paras testosterone meningkat sebanyak 2 kali ganda. Testosterone ni penting untuk pertumbuhan otot dan menjadikan malam jumaat lebih panjang.

5. Metabolic Efficiency
metabolic
Badan kita ada 2 sumber tenaga: lemak dan karbohidrat.

Masa exercise, badan akan bakar lemak dahulu kemudian karbohidrat. That’s why kita perlukan energy bar masa lari marathon. Sebab nak topap karbohidrat untuk dijadikan sebagai tenaga.

Tapi sebenarnya, masih banyak lemak yang belum digunakan sebagai tenaga. Apa yang terbaik adalah badan membakar lemak sebanyak yang mungkin sebelum karbohidrat.

Lepas hiking selama 29 hari, badan Kyle Boelte membakar 91% lemak berbanding 66% sebelum ni. Jadi Kyle tak perlukan energy bar lagi dah untuk lari marathon. Jimat duit, jimat lemak.

Kesimpulan
Trekking 29 hari ni memang susah la nak diamalkan. Tapi main point is, hiking kalau dibuat secara regular, ada banyak efek positif pada kesihatan.

Cuba hiking sebulan sekali. Tak dapat 8 jam, dapat 2 jam sekali hiking pun dah ok sangat.

Enjoy Life, Hike Safely!

Advertisements