6 CARA ELAK KUKU TERCABUT MASA TRIP

Nadiriyoq adalah seorang pendaki yang masih belajar dan pernah hilang 10 kuku kaki lepas trip. Ni pengalaman beliau. 

Masa trip, kuku kaki sakit. Nak nak yang trip panjang tu. Tambah-tambah lagi masa menurun. Kuku kaki mesti sakit. Paling malang bila lepas trip, kuku kaki tercabut. Aduhhhhh.

Situasi ni biasa berlaku pada kita-kita yang baru ceburi bidang naik gunung ni. Dalam hari ke-3 atau ke-4 trip, terasa la sakit kat kuku kaki tu. Kalau extreme sangat, hari first dah ‘malang’ dah.

So, terus kepada root cause, mengikut pengalaman, kuku sakit dan kemudian tercabut mungkin disebabkan tekanan yg overdose atas kuku tu. Tekanan yg overdose ni pulak disebabkan beberapa faktor. Antaranya pemakaian kasut yang ketat, tersepak tunggul, kuku kaki panjang, cara menuruni bukit dan lain-lain lagi yang boleh menyumbang ke arah kesumbangan masalah ni.

Jadi, bila dah tahu ape sebab kuku kaki sakit, preventive measures can be taken to avoid masalah kuku kaki ni. Ni aku listkan apa yang aku buat utk elak masalah kuku kaki.

1. Trim kuku
Inilah antara perkara paling penting sebagai persediaan sebelum trip. Salah satu sebab kuku kaki sakit berpunca daripada kuku yang panjang. So before trip, potong la kuku tu dulu. Takpon trim bagi pendek. Kuku kaki dan tangan. Selain mengelakkan kesakitan pada kuku, korang juga secara tak langsung menjaga hygiene.

2. Pakai kasut saiz besar
Aku pakai kasut getah cap bowling (nama sedap- Adidas kampong) je kalau pergi trip. Saiz kaki 39/38. So aku pakai kasut getah saiz 40. Trail shoes taktau la pulak. Pakai sandal gunung pon ok gak. Tapi jangan menjerit bila tersepak tunggul/batu.

3. Turun bukit
Bila trekking laluan menurun, secara tak langsung mesti jari dan kuku kaki terlanggar  dinding kasut. Itu juga boleh jadi punca kuku sakit. Jadi, nak turun bukit pon kena ada special teknik. Special teknik ni boleh develop melalui pengalaman (sebenarnye aku taktau macam mana nak terangkan special teknik ni. Maafkan tuan ambe. Hehe)

4. Pilih laluan
Waktu trekking tu, pilih-pilih la sikit laluan tu. Elakkan tersepak batu, terlanggar tunggul atau mende-mende seangkatan dengannya. Tapi bila mental dah koyak rabak, batu ke, akar kayu ke, korang main redah je. Acah2 tersepak kan ?

5. Stoking tebal
Selain menjaga kuku kaki, stoking tebal (yang pakai pegi pejabat tu) juga dapat mengurangkan risiko untuk kaki korang melecet.

6. Kebersihan
Kebersihan kuku dan kaki jugak penting. Buang pasir-pasir atau lumpur yang terlekat dekat celah-celah kuku tu. Kalau takde sungai nak basuh kaki, guna wet tissue. Wet tissue tu plak simpan dalam ‘tong sampah’ sendiri dan bawak keluar hutan. Jangan buang dalam hutan! Aku sumpah 7 keturunan korang jadi wet tissue nanti. Heh.

Ni semua daripada pengalaman aku yang ciput- First trip aku trip 4 hari 3 malam. Kuku ibu jari kanan tercabut, 2 3 hari selepas trip. Masa trip (hari ke-3 sebab banyak menurun) dah sakit dah. Punca yang aku kesan: kasut ketat dan cara turun bukit (aku banyak bagi tekanan kat bahagian hadapan kaki). Padahal masa training dan pengisian (Pengisian adalah sesi perkongsian ilmu naik gunung dlm 15-30 minit selepas setiap training), senior dah cerita dah pasal saiz kasut. Tapi aku degil. Rasanya lebih selesa kalau pakai kasut yang saiz muat-muat kaki. (Ketuk kepala atas salah sendiri. Huhu)

Kira- kira 5 bulan lepas kehilangan kuku yang pertama, baki lagi sembilan kuku kaki pulak tercabut. Hahahhahhahaha. Hasil daripada trip 8 hari yang hari-harinya hujan. Sebabkan kedegilan dan nak buat eksperimen atas diri sendiri (eksperimen bodoh la tapinya. hihi) , aku pakai kasut saiz muat-muat kaki. Gara-gara aku masih percaya teori yang aku cipta sendiri- aku lebih selesa dan ‘efisien’ kalau pakai kasut muat-muat kaki.

Ternyata teori ni tak boleh pakai atas diri sendiri (Kebangangan memang dah ada sejak azali). Tambah lagi kaki selalu masuk selut. Waterpoint pulak jarang jumpa nak basuh kaki dan stoking (rasanya 8 hari pakai stoking yang sama- berselut dan basah. Guys, jadikan ia sebagai tauladan ok). Maka, kebersihan pon terabai.

Alhamdulillah, atas kedegilan ni jugaklah yang mengajar aku untuk menjadi seorang ‘pendaki yang lebih matang dan sofiskated’ (Cewwwahh..piigiddah). Sehingga kini, tiada lagi kuku kakiku tercabut. Tapi kalau sakit-sakit manja kat kuku masa trip tu ada la. Lepas trip, sakit-sakit manja kat kuku kaki pon berlalu.

Harapnya sharing tak seberapa ni dapat memberi manfaat pada semua. Mohon juga tunjuk ajar dari semua. Pengalaman aku ni mungkin tidak teraplikasi atas diri korang. Lain orang, lain ragamnye, ye dak ? Maafkan tuan ambe kalo ada salah silap terguris hati.

Nadiriyoq,
Yang masih belajar dan pernah hilang 10 kuku kaki.

 

 

 

 

 

 

Advertisements