CAMPSITE REVIEW: PANTAI BALOK

Pantai Balok terletak kira-kira 10 ke 15 minit dari Bandar Kuantan.

Review ini dibawakan khas oleh Malee Zainal.

14639587_1157412787685292_255693601380111124_n

Pantai Balok campsite.

Kawasan perkhemahan yg luas, cukup luas utk perkhemahan dalam grup yg besar. Kalau nak buat event ourdoor disini pun cukup utk menampung ramai.

Bilik air dan tandas yg sgt bersih, kemudahan surau dan beberapa point elektrik pada spot2 tertentu di tapak. Kalau tent anda jauh sedikit dari point ni, elok bawak extention yg panjang

Kereta tak boleh dipandu masuk ke dalam tapak kerana tempat letak kereta yg luas disediakan. Saya dibenarkan park kereta di sebelah tent kerana pada waktu itu tapak lengang kosong, saya sahaja yg berkhemah di situ, jadi pengurusan benarkan atas alasan itu. Kalau waktu puncak atau weekend serta cuti umum, kenderaan perlu park di kawasan yg disediakan.

Kecuali kalau kenderaan anda juga khemah anda seperti camper van atau yg punya rooftent atas 4×4 dan sebagainya, maka dibenarkan pandu masuk ke tapak.

Waktu siang agak selesa dek bayu laut yg nyaman meniup ke arah pantai tapi waktu malam agak warm. Bersedia utk hadapi nyamuk, elok tent yg ada lapisan jaring jadi kalau bertutup habis utk elak nyamuk, tak terlampau panas didalam. Kalau ada kipas kecil pun bagus.

Pantai balok sangat luas dan panjang. Sesuai utk aktiviti sukan tepi pantai, bola pantai, running, fly kites dan terdapat kumpulan batu2 besar di tengah pantai yg sgt cantik utk tempat bergambar..

Pihak pengurusan tak benarkan buat campfire atas tanah kecuali jika ada bawa campfire pit sendiri atau guna bbq pit anda utk bakar kayu. Memasak dan BBQ dibenarkan.

Waktu petang, ada beberapa peniaga di tapak parking tapi waktu saya pergi jenguk gerai tersebut, pilihan bahan makanan yg dijual agak hambar. Jadi saya drive ke luar sampai main road yg tak jauh, lebihkurang 5 minit drive, di sana banyak kedai dan gerai makan.

Pada waktu malam, terganggu dgn anjing liar yg mundar mandir tapi buat seketika..yg paling menjengkelkan bilamana sekumpulan mat rempit berkumpul di tapak parking luas di tengah malam sambil merempit atau sekadar nak tunjuk ekzos siapa paling bising agaknya..
Saya harap ini hanya berlaku pada malam tertentu dan mungkin pada malam saya nak test camping di sini adalah malam mereka berkumpul.

Terdapat agak banyak kucing berkeliaran disini. Kucing jantan berlegar2 keliling khemah dan sempat pancut pada bahagian belakang tent saya..arghhhh!!

Sewa tapak adalah RM10 utk satu tent satu malam dan RM1 satu kepala. Jadi kalau tent anda besar dan ada 4 org penghuni, bayaran dia adalah RM14 total satu malam.

Penggunaan elektrik dan bilikair/tandas jugak dikenakan. Sila hubungi pihak pengurusan tapak perkhemahan pantai balok utk dapat harga penuh dan maklumat lain.

Kalau saya ada tersalah bagi info, harap maaf. Dapatkan info lebih tepat dari pengurusan tapak. Cuba search online utk contact number.

Saya sekadar share my 1st experience di pantai balok.

 

Advertisements