CAMPSITE REVIEW: KEM SG. PAUH

Artikel ini ditulis oleh bro Malee Zainal.

pauh3

Bagi mereka yg suka camping santai* (*bawak banyak barang, berat, tent besar bagai macam nak angkut satu rumah!) dalam suasana sejuk, camp sg pauh di cameron highlands paling sesuai.

Suhu purata siang hari 18°C – 22°C, malam pulak 16°C – 18°C tapi adakala boleh cecah 14°C bila hujan selepas tengah malam!

Kawasan perkhemahan ni tak jauh dari pekan tanah rata. 5 min drive jer kalau perlu keluar nak beli makan atau keperluan lain.

pauh2
Photo by: Nik Faizal Zainal

Sewa tapak adalah RM5 semalam utk satu kepala. Kalau walk-in seorang dua pada hari weekend, masih ada peluang utk dapat tapak tapi kalau ramai, elok call booking dulu sebab adakalanya weekend boleh penuh macam kem pelarian! Heheh
Tapi kalau weekdays mmg banyak kosong.

Dari tapak ni boleh berjalan kaki ke kebun strawberry di kampung Taman Sedia yg bersebelahan. Ada cafe di sana untuk yang tak memasak di campsite, menu seperti nasi lemak, laksa, nasi campur dll.

Tea & Scones pun ada. Boleh petik buah strawberry di kebun kalau nak beli yg fresh!

Tapak camping ni ada kemudahan point electric, surau tandas/bilik mandi. Cuma keadaan tandas/bilik mandi ni yg agak menyedihkan pada sesetengah pengunjung. Yang jenis sempoi jer pasti tak kisah. To me, i wish they maintain it properly & keep it clean at all time + kalau ada water heater is a big plus! Air paip dia macam keluar dari peti sejukk!!!

pauh4

Antara yg paling best di sini, bermulanya trail ke gunung berembun di belakang tapak camp site ni jer..laluan bermula selari dgn sungai kecil tepi campsite sehingga jauh ke dalam. View dalam trail ni memang cantik dalam gambar! Katanya perlu hike 2 1/2 jam hingga 3 jam utk sampai peak.. Turun naik turun naik jugak laa.. Kalau nak catch sunrise, keluar lah seawal 4 pagi.

*gambar ni diambil seawal 7pm..
**ramai tanya masa saya post gamba2 kami di sini waktu lepas2, pasal kebersihan tapak ni..ya memang dalam gambar nampak sgt bersih. Kebersihan adalah atas inisiatif saya & rakan camping. Kami prefer tapak yg bersih so dapat enjoy camping santai. Lagipun kawan camping dua org lagi tu OCD! berjangkit kat saya! Hahahahha

pauh1

Photo by : Zulhaimi Mulkan

Call/whatsapp : +60 17-208 3189 (utk pertanyaan & booking)

Advertisements