7 PESANAN MASTA MENGENAI TUGASAN GUIDER

Artikel ini telah ditulis oleh masta Mizi Belantik.

Tugasan guider.

Lepas keluar dari hutan banjaran titiwangsa minggu lalu, ada seorang kawan rindukan penulis menaip tentang tugas tugas hakiki guider. Katanya penulis tidak ada selama seminggu dan ketika itulah rindunya ingin melihat dan membaca beberapa idea dari penulis.

Penulis menganggap tugas guider ini sebagai orang yang berkebolehan dalam serba serbi aspek. Guider harus siapkan diri dlm segala bentuk. Dialah bapa dan ibu. Dialah driver, dialah menentukan segala hal rumah tangga semoga lengkap. Tetapi tugas guider tidak akan sempurna jika kerjasama dari ahli keluarga yang dipimpinnya tidak begitu baik.

1. Tugas guider adalah menunjuk jalan yg betul dan tidak terpesong ke arah tempat yang hendak dituju dan telah dipersetujui.

2. Tugas guider adalah tidak syok sendiri di dalam trek apabila di hadapan meninggalkan seluruh ahli kembaranya sambil dipuji kerana berjaya sampai awal ke tempat yg dituju tanpa peserta disisi.

3. Tugas guider perlu memastikan keselamatan denai terjaga dari segala bahaya, malapetaka dan sebarang keraguan. Simpang siur yang boleh mengakibatkan ahli kembaranya tersasar.

4. Tugas guider memastikan perjalanan ahli kembaranya tepat dan mengikut angaran perjalanan yang tidak membebankan ahli kembaranya.

5. Tugas guider tidak seperti ibu yang memarahi atau membebel kepada anak-anaknya. Tetapi tugas guider seperti bapa yg selalu menasihati, mendengar dan memberi jalan penyelesaian kepada ahli keluarganya.

6. Tugas guider bukan seperti anak-anaknya yang lari berkeliaran apabila sesuatu musibah terjadi. Tetapi tugas guider lebih kepada bertangungjawap terhadap perkara yg terjadi.

7. Tugas guider perlu diakui segala yg diperinci atau segala yg di rancang perlu dipatuhi oleh ahli kembaranya.

Penulis merasakan tugas guider selalu di salah erti apabila terjadi perkara tidak di ingini tetapi sebagai satu ahli kembara yg menyertainya kita bagaikan kelurga apabila bersama dalam sesebuah ekspedisi.

Advertisements