6 CARA MENDAPATKAN AIR DALAM HUTAN

Hutan di Malaysia memang banyak air. Tapi kalau tak tahu cari, susah jugak nak jumpa.

Kami tunjuk 6 cara untuk mendapatkan air dalam hutan Malaysia. Semua teknik ni proven dan pernah kami guna.

1Cara:
Takik atau tebuk lubang pada ruas buluh.

Yang ni kena trial and error. Bukan semua ruas ada air.

Kuantiti air:
Boleh masak megi

2
Cara:
Genggam lumut dan perah untuk keluarkan air.

Boleh jugak hisap terus dari lumut kalau dah dahaga sangat macam dalam video ni.

Kuantiti air:
Melepaskan dahaga di tekak

3
Cara:
Ada banyak jenis lopak. Lopak tapak kaki binatang, lopak atas batu, lopak perdu pokok. Kubang binatang pun ada air.

Guna straw kalau nak senang. Kalau nak selamat, guna lifestraw.

Kalau tak sanggup, pejam mata sambil sedut.

Kuantiti:
Varies

4
Cara:
Gambar ni bukan charoh. Ini gambar sungai.

Charoh adalah laluan air yang tidak malar. Kalau hujan, adalah air lalu. Bentuk charoh ni macam longkang semulajadi.

Charoh biasanya akan menghala ke kawasan air tetap macam sungai. Jadi kalau follow charoh, kemungkinan besar akan jumpa sumber air.

Kuantiti air:
Boleh buat kenduri kalau jumpa sungai

5
Cara:
Yang ni advance sikit sebab kena kenal akar.

Potong akar secara menyerong dan air akan keluar dari akar.

Kalau tak kenal, nanti suruh guide tolong tunjuk bila-bila pergi trip.

Kuantiti air:
Membasahkan tekak

credit pic: John Cavalera (pencuci pinggan di krusty krab)

6
Cara:
Hujan adalah nikmat terulung bila keputusan air. Ada dua cara nak tadah hujan.

1. pasang fly dan tadah guna messtin/botol di hujung fly. macam gambar ni.
2. bentang fly besar dan biarkan air berkumpul di tengah fly

Kuantiti:
Kalau hujan lebat boleh mandi

Advertisements