TIPS SOLO TREKKING DI EVEREST BASECAMP

Artikel ini telah ditulis oleh sedara Indiana Jones, Indiana Indah. 

11 hari ke Everest Base Camp & solo traveller.
.
Sedikit perkongsian memandangkan ramai yang bertanya. 😄
.
1. Saya pergi seorang sahaja dan upah guide untuk uruskan semua sebab tidak mampu (read as: malas) mahu galas beg berbelas kilo & cukuplah menanggung muatan berat diri sendiri sewaktu mendaki. Guide akan uruskan urusan tempahan dan bayaran penginapan, permit mendaki, tiket penerbangan (Kathmandu-Lukla-Kathmandu) & makan. Jadi sebarang soalan mengenai permit saya tiada jawapan. Jumlah kerugian untuk trekking sahaja adalah USD 1140. Boleh hubungi Narayan Bhandari (+977984-6053845 atau bhandaritrek@gmail.com).

1
.
2. Warganegara Malaysia perlu dapatkan visa sama ada Visa on Arrival atau melalui Kedutaan Nepal di Malaysia (http://www.nepalembassy.com.my/en/services_visa.html). Saya ambil travel insurance dari World Nomad (www.worldnomads.com) sebab ada helicopter evacuation takut kalau terkena AMS atau apa-apa kecemasan yang lain.
.
3. Saya datang pada awal September iaitu musim hujan. Satu risiko datang pada musim ini adalah penerbangan ke Lukla seringkali dibatalkan kerana faktor cuaca. Pengalaman saya sendiri dua kali penerbangan dibatalkan dan hanya pada hari ketiga baru dapat terbang ke Lukla. Afdal sekiranya anda sediakan beberapa hari tambahan dengan mengambil kira faktor kebarangkalian penerbangan dibatalkan kerana satu-satunya cara ke Lukla adalah dengan menaiki kapal terbang arau trekking dari Jiri yang mengambil masa beberapa hari.
.
4. Jumlah hari saya di Nepal selama 17 hari & jumlah trekking adalah selama 10 hari di mana hari ke-11 adalah penerbangan pulang dari Lukla ke Kathmandu. Kalau ikutkan plan asal adalah trekking selama 12 hari tapi disebabkan 2 hari telah terbuang gara-gara flight cancel. Jadi, shorter days = more distances per day.

2
.
5. Jadual trekking saya sepanjang 10 hari adalah seperti di bawah & mohon jangan gelak dengan masa yang diambil sebab saya kaki pindik dan bontot berat maka slow-slow sahaja:
.
D1 : Lukla (2800m) ke Phakding (2651m) = 3 jam
D2 : Phakding ke Namche Bazaar (3440m) = 7 jam
D3 : Namche Bazaar ke Tengboche (3870m) = 7 jam
D4 : Tengboche ke Dingboche (4260m) = 8 jam
D5 : Acclimatization Day – Nagarju Hill
D6 : Dingboche ke Lobuche (4930m) = 9 jam
D7 : Lobuche ke Gorak Shep (5180m) & Everest Base Camp (5364m) = 9 jam
D8 : Gorak Shep ke Pangboche (4040m) = 11 jam
D9 : Pangboche ke Namche Bazaar = 9 jam
D10 : Namche Bazaar ke Lukla = 11 jam
.
6. Acute Mountain Sickness (AMS) adalah sangat subjektif dan bergantung kepada penerimaan badan masing-masing. Tips terbaik adalah minum air minimum 4 liter setiap hari. Selalunya selepas bangun tidur saya tunggang 1 liter sebelum sarapan dan sewaktu sarapan saya minum air manis dua cawan sebagai tenaga. Sepanjang trekking pula saya galas 4 liter air sebagai cara untuk mentalkan diri sendiri supaya habiskan air cepat-cepat sebab lenguh bahu galas air. 😂

4
.
7. Pada hari mendaki ke EBC, hujan salji turun dan ini sebenarnya salji pertama dalam hidup saya tetapi betapa bencinya saya dengan kesejukan disebabkan salji itu. 😂 Memang sudah tahap menggeletar menahan sejuk dan altitude is a killer too. Semakin tinggi semakin tipis rasanya oksigen dan kalau tidak pandai control breathing mungkin akan rasa sedikit sesak nafas. Take it easy and go slow. Apa-apa pun jangan lupa minum air.
.
8. Kalau ditanya persediaan fizikal, saya tidaklah fit sangat walaupun boyfriend saya adalah KJ. 😆 Lemak masih bertaburan, berlari juga pace 10 dan sentiasa tercungap-cungap. Tapi rasanya mungkin boleh cuba exercise yang meningkatkan endurance & lung capacity. Buat bubbling exercise (tahan nafas) dalam swimming pool untuk latihan pernafasan, stairs climbing with weights (5-10 kg will do), weight training (squats & deadlift), cardio (HIIT, swimming, running & hiking) & ZUMBA.

4
.
9. Apa yang paling penting selain persediaan fizikal adalah persediaan mental. Sepuluh hari berperang dengan mental sendiri bukanlah suatu tempoh yang singkat. Tipulah kalau cakap tak rasa mahu give up. Tipulah kalau tak mencarut atau maki bukit-bukit pacak yang seakan tersengih menanti kehadiran anda. Tipulah kalau rasa macam kenapalah datang jauh-jauh untuk cari penyakit. Tipulah kalau tak rasa nak makan keputat rendang daging tapi kena mendaki pula di pagi Aidiladha. Saat begitulah anda akan ada sesi bercakap seorang diri sambil menyanyi lagu Menuju Puncak 😂

.
10. Agak mental sebenarnya trekking tanpa kawan hanya dengan guide di sisi (tetapi selalu jauh di depan) sebab faham-fahamlah guide mestilah sudah terbiasa dan fit padahal diri sendiri umpama semut merah 😔. Terpaksalah berperang dengan mental sendiri dan motivasikan diri sendiri. Fikirlah satu benda sebagai motivasi untuk sampai ke Base Camp. Motivasi saya pula mahu buat dedication “Selamat Hari Malaysia” untuk KJ. 😌😆 #missionaccomplished. Kalau ada yang nak conteng-conteng bendera Malaysia dekat EBC tu, silakanlah. 😌

6
.
11. Semakin tinggi altitude, semakin mahal harga makanan dan juga rate jika anda mahu cas telefon. Bawalah seberapa banyak powerbank yang superpower. Selalunya saya setkan flight mode atau matikan phone jika tidak digunakan. Hanya buka sewaktu awal trekking untuk ambil gambar. Selebihnya saya kusyuk berzikir (mencarut sebenarnya 😂) mendaki bukit dan tangga. Sepanjang 11 hari pun saya hanya mandi tiga kali tetapi sebab cuaca sejuk maka saya tetap rasa wangi walaupun muka bak udang bakar sebab sunburn. 😆
.
Hope this helps & happy trekking! 😊

Advertisements