EPIKRIDE| POS HENDROP – POS HAU|

Rider:
Al Mimi – GT Agressor – BMI ideal.
Najib Jenoba – Kona Bass – menghampiri obes
Names – Morewood Izumu – obes yang nyata
Lat – Commencal – underweight
Nad – Specialized – atlit
Jong – Kona Stab Primo convert to roadbike – gagal ke epik. tapi menyumbang tenaga membeli ration. Thanks jong

Day 0

Sejurus subuh. Shah Alam.

“Jib, umah aku kena pecah. Kunci unser hilang. Ada kunci pendua tak?”.
“takde a..”
“aduss.. kene buat kunci baru a nihh”

Total repair cost rm1200.
And the trip hasn’t even started yet.

Day 1

packing-ration

Packing ration untuk 4 hari dengan possibility 5 hari

Berpowil ke Hendrop sejauh 50km kelihatan seperti pengalaman indah. Dari jauh kelihatan kilauan Batu Putih menghiasi hujung langit.

Tanah-tanah Hendrop dihias indah bunga-bunga durian yang bertaburan . Bau durian menggamit kami di atas powil.

“Boh, jambatey nok gi Pos Hau kot mano?” driver powil Nazri menggunakan kompas rakyat untuk menentukan arah tuju kami.
“Rutoh doh jambatey tu. Ore dop masuk kot ni doh kalu nok gi hau, masuk kot kualo betih”

There goes our starting point.

Tanpa starting point, kami masih kekal positif misi ini akan berjalan lancar. Betapa naifnya kami pada ketika itu.

1 tgh hari. Beta Balak 1

“Kita nak amek jalan mana ni?”
“Kita ikut jalan atas ah, jalan bawah ni mcm gi Hendrop”

Maka mengembaralah kami 2 petak peta.

4 petang

“Jib oooo Jib”
“Ha”
“Jalan atas sana terang tak?”.
“Nak lalu boleh, tapi kene nebas aa”
“Jom miting dulu”

semak-samun

Macam ni punya trail entah bila nak sampai Pos Hau

Meeting lebih banyak berkisar kepada hal-hal dunia Islam macam perbalahan golongan syiah, salafi dan ASWJ. Macam meeting gomen, meeting kami diserikan dengan air kukubima dan makanan ringan berbentuk mamee.

Selepas beberapa ketika berdebat mengenai halatuju pemuda Islam di alaf ini, kami berpakat untuk berpatah balik ke sungai.

6 petang

Kami kemsait di sungai yang kami rentasi tadi, setelah berpatah balik satu petak peta.

campsite-1st

Fire adds flavour to camping

Day 2

1030 pagi. Kemsait malam pertama.

“Mengecap bahgiaaaaaa… yang kerap dimadahhhh.. insan yang murrniii … Yang dah rasakan… cinta…yang aku… mimpi..”

SOP ketika packing, haruslah dimulai dengan lagu wings ataupun search.

“Phir bir dil hay hindustaaaaaniiii” menandakan berakhirnya sesi packing.

11am memulakan perjalanan kami, memang terasa begitu perit.

Perit bukit yang menanti.
Perit panas matahari.
Perit panas hati.

12 tgh hari, Beta Balak 1

“Aku nak balik!”
“Ko selfish Mes. Mementingkan diri”
“Ya aku selfish. Aku nak balik!”

Nad terus menyuakan nasi dan ayam bakar ke mulut Names.

Names menelan dengan lahapnya dan sejurus selepas itu kembali bertenang.

Maka fahamlah kami yang Names sebenarnya kekurangan kasih sayang. Puii!

Dan kami makin sedar tentang kepentingan Nad dalam trip epik sebegini.

nad-menenangkan-names

Aku selfish!

1230 tgh hari. Beta Balak 1

Mat Yie Kambing Golek kelihatan berpatah balik melalui beta balak dengan Pajero BET4863, setelah beberapa minit tadi dia turun menghala ke Hendrop untuk mencari line telefon.

“Kawe tepon doh adik kawe hok duduk lojing takdi. Dio kato, kalu juppo sipey, amek kaney sokmo pah buleh la sapa ko Hau”
“Bereh bey. Mekasih bbanyok deh.”

Ada sinar ke Hau nampaknya.

Perjalanan diteruskan walaupun brake lever Lat patah.

Moral of the story, jangan excited sangat kalo beli beskal baru.

brake-lever-patah

Apalah gunanya kashima coat kalau brake lever patah

330 petang. Simpang signbod Hau. Simpang kanan semak, simpang kiri jelas.

“Jib bukak gps Jib. Aku tak yakin yang ni simpangnye”. Kata Names
“No point jugak buka gps sini”.
“Haah Mes, sini no poin buka gps” tambah Mimi.

Gila ape nak buka gps di saat donhill panjang jelas terpampang di depan mata.

“jom sambung donhill lagi jib. Kita tengok sape king” Kata Lat dengan penuh semangat beskal baru tanpa menyedari bahaya yang menanti di depan.

4.00 petang

“Jalan ni macam bersambung ke Pos Hendrop Mi. bukan ke Pos Hau” Names yang pertama bertenang selepas donhill yg panjang.

“Pos Hau ni kat mana sebenarnya Mi? cuba tunjuk atas peta” tanya Lat

“aku pun tak tahu kat mana. Aku dengar-dengar macam ada Pos Hau tu” balas Mimi yakin.

Kegilaan apakah ini? Dah 2 hari jalan baru sedar yang takde sorang pun dalam trip ni tahu lokasi sebenar Pos Hau.

baca-peta

Mana Pos Hau? Mana?!!

Starting point takde, arah tujuan pun tak tahu kat mana, kami mula merasakan trip ni bakal menjadi kecelakaan terbesar dalam hidup. Sekurang-kurangnya kecelakaan no 2 dalam hidup. Kecelakaan pertama mungkin berEpik dengan rider selfish.

Kami akhirnya mengambil keputusan untuk tukar destinasi ke Pos Tuil. At least Nad dah pernah sampai Pos Tuil. Dua kali. Diulang, DUA KALI!

semak-lagi

Hujan, balak tumbang dan semangat yang pudar. 

630 petang – Jambatan runtuh

“Jadi inilah jambatan runtuh yang brader powil tu cakap semalam”
“Macam ni punya arus, memang tak boleh cross ni”
“Tinggi 3 tingkat plak tu camne nak turun”.
“Kita tidur sini dulu, esok kita susur sungai tengok kat mana boleh cross”

3rd Day

1.30 petang

Selepas 2 jam mundar-mandir menyusur sungai, mencari tempat cross paling selamat, kami pun decide untuk cross ikut balak hanyut yang melintang sungai.

Seram jugak nak cross kat tempat lain, yang salah satunya hampir menghanyutkan Mimi. Mujurlah Najib ni sangat peka orangnya. Alhamdulillah dia berjaya memberi amaran kepada Mimi.

Pikul basikal sambil meniti balak ni bukan calang-calang orang boleh buat. Jadi semua orang pun menulis wasiat di pasir sungai dengan harapan kalau terjadi apa-apa, ada orang baca pesanan ni.

cross-sungai

Safety line. The false sense of security.

cross-sungai2

2.30 petang

Alhamdulillah semua berjaya melepasi balak dengan selamat. Kejayaan ini disambut dengan makan tengah hari berlaukkan ayam bakar yang dibungkus dari Gua Musang.

Masing-masing makan dengan berselera dengan harapan perjalanan seterusnya dibatalkan. Sebab semua orang tak tahu berapa jauh lagi perjalanan ke Pos Tuil.

Bila tanya Nad yang dah 2 kali pergi ke Pos Tuil, barulah kami tahu yang dia dari keturunan Temiar. Sekejap dia kata 2 jam, sekejap dia kata 4 jam, sekejap dia kata 15 minit. Apa ke gila Nad ni?

Tapi bila difikir-fikirkan, lojik juga. Nad pon pernah skandal ngan Tok Batin Pos Beswok, nun di Sungai Siput sana.

3.30 petang

Atas jalan balak.

Basikal Lat brake lever patah, basikal Names spoke patah, basikal Najib hub spacer hilang, basikal Mimi seat post quick release rosak.

Kiri, arah pos hendrop. Jarak perjalanan 45 minit.

Kanan, arah ke pos tuil. Jarak perjalanan, unkown.

Matahari akan tenggelam dalam masa 4 jam lagi.

Jadi keputusan yang paling tepat pada masa ini adalah………

“kita ke Pos Tuil” ujar Mimi

Kami semua kini faham yang Mimi bukanlah manusia dan dia tidak menggunakan logik akal seorang manusia.

6.30 petang

Semua orang berasa gembira kerana dah sampai di Pos Tuil.

“Kita campsite kat luar je la. Tak payah tidur dalam surau, nanti kotor” saran Mimi

Makhluk asing biasanya boleh predict future, jadi kami ikut saranan Mimi dengan harapan malam ni dapat tidur nyenyak selepas 2 malam tidur bertemankan air hujan lalu bawah sleeping bag.

Lagipon, Mimi kelihatan tenang sahaja sedangkan sleeping bagnya habis basah ketika hujan lebat di tengah jalan tadi.

Malam itu Tok Batin menghadiahkan 6 biji durian kepada kami. Walaubagaimanapun, durian tersebut habis ketika ia belumpun sempat dibuka.

durian

Durian on the trail

Nyaman betul Pos Tuil ni. Keliling gunung-gunung, angin sepoi-sepoi bahasa, pokok durian merata-rata.

Badan pulak dipanaskan oleh durian tadi dan juga kayu api yang sedari maghrib tadi sudah dinaikkan. Memang sedap campsite kat sini.

Fikir kami yang sangat naïf.

4.00 pagi

“Apa ke babi tidur kat luar ni. Angin kuat nohorrromm. Pakai selimut dua lapis pun tak boleh tahan dia punya sejuk”

Terpaksalah Najib bangun buat air kopi sambil memanaskan badan pakai api stove. Kadang-kadang timbul bisikan syaitan suruh cakar badan mimi pakai kulit durian sebab menyarankan tidur kat luar ni. Tapi bisikan itu ditepis dengan zikrullah.

Mimi dan Names kelihatannya berebut flysheet untuk dijadikan selimut, sambal berbalas dengkuran.

Dah 4 pagi pon tak tidur serupa celaka perasaannya.

4th Day

10 pagi

Hari ni dimulakan dengan sedikit kegembiraan apabila breakfast pagi ni diserikan dengan 2 biji durian yang diberi oleh Tok Batin Pos Tuil. Dan sebijik durian yang baru sahaja luruh di depan kemsait, di tepi surau.

Itulah sahaja memori yang dapat diingati pada hari keempat kerana bahagian memori lain telah dipenuhi dengan kerinduan pada anak dan bini di rumah.

Kami bergerak dari Pos Tuil pada pukul 1230 tgh hari dan sampai di hentian bas Pos Hendrop pada pukul 4 pm sebelum diambil oleh powil pada pukul 5pm.

last-day

Sekianlah epic kali ni.
Sehingga bertemu lagi di epic akan datang. Epik Real Hau.

#LongLiveMultipleDaysMTBRide

Lebih banyak gambar di Page FB Epikrazeist

Advertisements